KEMASKINI BRIM 2018

Aktiviti terkini | Sepanjang Disember 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Balai Tok Janggut

Tujuan :
Program Khidmat Masyarakat melalui pengisian kemas kini borang BRIM 2018 bagi membantu orang kampung dalam mengemas kini BRIM. Memandangkan kebanyakan penduduk kampung sekitar PI1M Tok Janggut, iaitu Kg.Nering,Kg.Saring, Pintu Pupoh,Kg.Raja,Kg.Chengal Batu, Kelubi agak terlalu jauh untuk mengemas kini borang BRIM 2018 secara manual. Justeru itu, PI1M Tok Janggut telah mengambil langkah untuk menawarkan program pengisian kemas kini BRIM 2018 secara online.Program khidmat masyarakat ini,mendapat sokongan oleh JKKK Kg.Nering dan JKKK kampung yang berhampiran dengan PI1M Tok Janggut.Melalui Program ini, ianya juga dapat mengeratkan lagi semangat kerjasama antara petugas-petugas PI1M dengan orang kampung.

Kelebihan Aktiviti :
Melalui Program Pengisian kemas kini BRIM 2018 secara online yang dikemaskini oleh para petugas PI1M Tok Janggut, ianya juga dapat mempromosikan PI1M Tok Janggut kepada orang ramai. Ada sebahagian penduduk kampung yang tidak mengetahui fungsi Pi1M kepada orang ramai, setelah mereka datang ke PI1M tok Janggut bagi urusan kemas kini BRIM, secara tidak langsung penduduk kampung akan mengetahui lebih lanjut lagi mengenai kewujudan PI1M di tempat mereka. Para petugas PI1M Tok Janggut akan bagi penerangan dengan jelas mengenai PI1M ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :