MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti terkini | 15 Julai 2017

Tempat Aktiviti:
Rumah Dato’ Hj Suhaimi Bin Hj Yacob, Kg Nering

Tujuan :

Sempena Majlis Hari Raya Aidilfitri 2017 Mukim Nering & Saring, pihak JKKK telah menjemput PI1M Tok Janggut untuk membuat program Advokasi KDB untuk memberi pendedahan kepada masyrakat mengenai penggunaan internet dengan selamat,bijak dan berhemah. Selain itu juga, memberi penjelasan apa itu ‘tidak pasti jangan kongsi, memandangkan sekarang ini banyak isu-isu yang diviral terutamanya di laman sosial yang tidak pasti sama ada isu tersebut adalah sahih atau palsu. Selain itu juga, dapat mengeratkan silaturahim antara pekerja PI1M Tok Janggut dengan JKKK Mukim Nering & Saring serta masyarakat setempat.

Kelebihan Aktiviti :

Program KDB dijalankan melalui tayangan video KDB & Tidak Pasti Jangan Kongsi kepada masyarakat yang hadir semasa majlis berlangsung. Di mana tayangan video disiarkan dihadapan meja makanan, oleh yang demikian, semasa masyarakat mengambil makanan, mereka dapat melihat tayangan video ini dan mendapat sambutan yang positif daripada penduduk kampung yang hadir.Penduduk kampung yang hadir bukan sahaja di kalangan mukim nering dan saring, malah mukim lain juga turut serta semasa majlis hari raya aidifitril berlangsung.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :