PERTANDINGAN MELUKIS (PAINT)
TEMA : SEMPENA BULAN RAMADAN DAN MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 2017

Aktiviti terkini | 03 Jun 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Tok Janggut

Tujuan :

Tujuan pertandingan ini adalah untuk mencungkil bakat para peserta dalam melukis menggunakan aplikasi Paint dan dapat menghasilkan lukisan yang kreatif, menarik & inovatif dengan bertemakan suasana Ramadan dan sambutan hari raya aidilfitri.

Kelebihan Aktiviti :

Para peserta dapat mengisi masa lapang di waktu cuti persekolahan hujung minggu dengan menyertai pertandingan ini. Malah ianya juga dapat mengeratkan hubungan persaudaraan, yang mana ada di kalangan para peserta ada hubungan adik beradik yang menyertai pertandingan ini. Para peserta juga dapat menyiapkan hasil lukisan mereka dalam masa yang ditetapkan. Para peserta juga dapat menghasilkan lukisan digital yang kreatif dan inovatif dan mereka dapat aplikasi ke dalam lukisan komputer dengan ilmu yang dipelajari semasa menghadiri kelas ICT di Pi1M Tok Janggut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :