PROGRAM ADVOKASI KDB & E WASTE

Aktiviti terkini | 14 Jun 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Tok Janggut

Tujuan :

Sempena Pengambilan pelajar baru bagi Tingkatan 4 di Kolej Vokasional Pasir Puteh, Pi1M Tok Janggut Mengambil peluang untuk memberi taklimat mengenai Advokasi KDB & E Waste kepada pelajar sempena minggu orientasi pelajar-pelajar baru. Kolej Vokasional Pasir Puteh baru dibuka dan pengambilan pelajar peringkat pertama adalah pada 13hb Jun 2017 dalam bidang Agroindustri Tanaman. Oleh yang demikian, Pelajar Kolej Vokasional tersebut telah didedahkan dengan cara penggunaan internet dengan selamat dan bijak terutamanya dalam laman sosal.Para Pelajar juga turut didedahkan dengan info ‘Tidak Pasti Jangan Kongsi’ yang mana perkara yang tidak pasti dan telah diviralkan kepada orang ramai, para pelajar mestilah selidik dahulu mengenai perkara tersebut, untuk memastikan sesuatu berita yang diterima adalah benar atau palsu perlu melayari website sebenarnya.my bagi mengetahui berita itu sahih atau tidak.

Kelebihan Aktiviti :

Melalui program KDB ini, para pelajar dan pensyarah dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam ceramah KDB dalam menggunakan internet dengan selamat, memandangkan banyak kes-kes jenayah siber yang sedang melanda di alam maya ini. Selain itu, pelajar dapat menjawab soalan kuiz yang disediakan. Soalan kuiz berdasarkan sekitar penggunaan internet dalam seharian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :