PROGRAM NEGARAKU : MENGHUBUNG MENYATU DI SK TUALANG TINGGI, PASIR PUTEH

Aktiviti terkini | 21 April 2018

Tempat Aktiviti:
Padang SK Tualang Tinggi, Pasir Puteh Kelantan

Tujuan :
• Ceramah KDB Kepada semua pengunjung yang disampaikan oleh Cik Wan Nurul Ain- MCMC
• Memberi penerangan kepada pengunjung yang datang ke booth mengenai keselamatan menggunakan internet
• Memperkenalkan PI1M Kluster Pasir Puteh dan mengalakkan pengunjung untuk mendaftar ahli PI1M

Kelebihan Aktiviti :
• Program ini adalah untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).
• Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
• Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.
• Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.
• Ianya juga dapat mengeratkan hubungan komuniti antara PI1M Kluster Pasir Puteh dengan pihak MCMC serta masyarakat di sekitar Pasir Puteh.

Nama VIP :
Y.B. Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :