PERTANDINGAN MELUKIS (TEMA HARI RAYA) & JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2018

Aktiviti terkini | 30 Jun 2018

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Balai Tok Janggut

Tujuan :
• Bagi mengisi masa lapang para peserta sewaktu musim cuti persekolahan dan atas permintaan ahli-ahli pi1m agar dibuat pertandingan melukis di atas kertas lukisan.
• Dapat melahirkan idea-idea yang kreatif melalui hasil lukisan para peserta.Para peserta juga dapat meluahkan suasana sambutan hari raya aidilfitri 2018 melalui lukisan tersebut.
• Peserta dapat mencungkilkan bakat mereka di dalam lukisan tersebut.
• Dapat mewujudkan jalinan ikhwah di antara para peserta dengan staf pusat internet tok janggut.
• Di samping sempena Bulan Syawal,Sambutan Hari Raya Aidilfitri PI Tok Janggut 2018 juga di adakan selepas pertandingan melukis tersebut. Secara tidak langsung PI Tok Janggut dapat menyambut hari raya aidilfitri bersama dengan ahli PI Tok Janggut dan komuniti setempat.
• Secara tidak langsung akan mengeratkan hubungan staff pi1m dengan masyarakat setempat terutamanya dikalangan ahli pi1m Tok Janggut.
• Semua hadirin akan disertai dengan jamuan sempena sambutan hari raya aidilfitri 2018 yang disediakan oleh pihak PI1M Tok Janggut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :