HARI TERBUKA PI1M BALAI TOK JANGGUT

Aktiviti terkini | 05 Mei 2018

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Balai Tok Janggut

Tujuan :
Untuk merapatkan hubungan ikhwah antara PI1M dengan JKKK dan AJK JKKK serta masyarakat komuniti di sekitar yang berhampiran dengan PI1M Tok Janggut, Kampung Nering dan dapat mempromosikan PI1M kepada orang ramai serta dapat mencari ahli baru PI1M di kalangan penduduk sekitar. Di samping itu juga, booth pemeriksaan kesihatan secara percuma juga telah diadakan semasa program open day dijalankan yang mana pihak klinik kesihatan Jeram,Pasir Puteh yang memberikan perkhidmtan pemeriksaan secara percuma kepada komuniti yang datang.

Kelebihan Aktiviti :
• Sebelum acara indoor game dan outdoor bermula,sesi senamrobik serta Zumba telah diadakan diperkarangan bawah pi1m,secara tidak langsung dapat memupuk budaya sihat dikalangan masyarakat komuniti.Aktiviti ini mendapat sambutan yang mengalakkan daripada komuniti.
• Memupuk semangat kerjasama diantara satu sama lain,yang mana aktviti yang memerlukan.
• Komuniti juga didedahkan dengan penggunaan internet secara bijak dan selamat(Klik Dengan Bijak).
• Dapat menambahkan keahlian baru PI1M.
• Komuniti juga diberi penerangan mengenai produk-produk digi yang ditawarkan oleh pi1m.
• Komuniti yang datang ke program open day,sekaligus dapat membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma yang disediakan oleh pihak klinik kesihatan Jeram, Pasir Puteh, Kelantan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :