PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA HARI KEMERDEKAAN DI SK KG RAJA

Aktiviti terkini | 30 Ogos 2018

Tempat Aktiviti:
Dewan Mahkota SK Kg Raja, Pasir Puteh

Tujuan :
• Memupuk Semangat Kemerdekaan dalam diri pelajar yang terlibat, yang mana gambar yang perlu di warnakan adalah berdasarkan menyambut bulan kemerdekaan *Sayangi Malaysiaku*.
• Pelajar dapat menonjolkan bakat kemahiran mewarna yang kreatif dan menarik yang ada dalam diri pelajar tersebut.
• Dapat mengeratkan hubungan ukhwah antara petugas pusat internet tok janggut dengan pihak sekolah.
• Boleh mempromosikan pusat internet kepada pihak sekolah mengenai fungsi dan perkhidmatan yang terdapat di pusat internet tok janggut,kg nering. Semasa Pertandingan tesebut turut hadir ialah Guru Besar SK Kg Raja.
• Untuk Makluman, jarak sekolah sk kg raja dengan pusat internet tok janggut kg nering adalah lebih kurang 2km.

Kelebihan Aktiviti :
• Para pelajar dapat menunjukkan bakat yang ada dalam mewarna yang kreatif dan cantik.
• Ianya juga dapat memupuk semangat setiakawan di kalangan para pelajar tersebut.
• Di samping itu juga,bagi menaikkan semangat patriotism di kalangan pelajar,pihak sekolah telah memasang lagu patriotic sepanjang program pertandingan mewarna dijalankan.
• Guru Besar telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :