PROGRAM ADVOKASI DI SK BUKIT AWANG PASIR PUTEH

Aktiviti terkini | 30 Disember 2019

Tempat Aktiviti:
Dewan Sri Siantan, SK Bukit Awang, Pasir Puteh

Tujuan :
• Program KDB ini diadakan sempena hari pendaftaran pelajar sekolah SK Bukit Awang untuk sesi persekolahan tahun 2020. Taklimat ini diadakan agar ibu bapa,pelajar dan guru dapat menggunakan internet secara bijak dan berhemah
• Program ini adalah untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)
• Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain
• Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri
• Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet
• Ianya juga dapat mengeratkan hubungan komuniti antara PI Tok Janggut Kg Nering dengan Pihak Sekolah Bukit Awang Pasir Puteh. Ini kerana, merupakan program yang pertama di antara PI Tok Janggut dengan SK Bukit Awang Pasir Puteh

Kelebihan Aktiviti :
• Ibu bapa dapat memantau anak-anak mereka dalam menggunakan telefon pintar terutamanya semasa melayari internet serta cara menggunakan dengan betul media sosial agar tiadk terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang boleh memudaratkan kepada anak-anak mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :