Program Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) –Booth Karnival Cakno Pustako Bersama Pemimpin

Aktiviti terkini |02hb Februari 2019

Tempat Aktiviti:
Pantai Genting, Tumpat Kelantan

Tujuan :
-Penekanan dan kesedaran yang perlu dipupuk bagi melahirkan generasi cemerlang dalam menjadi pengguna internet yang lebih bijak dan beretika.
-Program KDB yang menekankan 3 ciri utama iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang sangat penting untuk menjaga etika dalam dunia siber.

Kelebihan Aktiviti :
• Melahirkan pengguna yang lebih celik dan peka terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).
• Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
• Memberi pendedahan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.
• Mewujudkan persekitaran yang selamat dan waspada untuk pengguna melayari internet dengan cara yang berhemah.
• Ianya juga dapat mengeratkan hubungan komuniti antara PI dengan pihak perpustakaan dan para pengunjung luar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :