PROGRAM ADVOKASI DAN TAUTAN KASIH BERSAMA PDK GAAL, PASIR PUTEH

Aktiviti terkini | 05 Mei 2019

Tempat Aktiviti:
PDK Gaal, Pasir Puteh

Tujuan :
• Program ini adalah untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)
• Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain
• Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri
• Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet

Kelebihan Aktiviti :
Selain taklimat KDB, aktiviti belajar menerusi Youtube juga akan diselitkan kepada warga PDK Gaal. Program ini juga bertujuan menjalankan aktiviti bagi pelajar PDK Gaal sambil berfikir untuk menghasilkan satu idea mengikut bahan yang diberikan. Pelajar-pelajar diberi 1 set batang aiskrim dan diolah oleh mereka mengikut idea tersendiri dengan bantuan staf pusat internet. Oleh yang demikian pelbagai hasil seni kreativiti yang tercipta oleh pelajar menggunakan batang aiskrim, antaranya ialah bekas pensil,frame gambar,kerusi,penanda buku,alas bekas cawan dan sebagainya. Program KDB juga ini turut bekerjasama dengan PI Sg Petai, PI Tasek Mengkuang dan PI Cherang Ruku.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :