Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Nering merupakan sebuah kampung tradisi Kelantan yang terletak di dalam jajahan Pasir Puteh, Kelantan. Kampung ini berdekatan dengan Kampung Jeram, Saring,

Kampung ini merupakan kampung yang berkaitan dengan sejarah Tok Janggut. Di kampung nering inilah berlaku pertempuran diantara Tok Janggut dengan tentera upahan inggeris (Gurkha). Orang yang pertama meninggal adalah pada 24 Feb 1915. Kuburnya tidak bernama, namun ahli keluarga terdekat mengenali kuburnya melalui tanda diatas pangsa yang bertanda 24 Feb 1915. Allahyaham telah dibunuh oleh tentera upahan ini di pokok merbol yang kini masih lagi hidup dengan segar di depan madrasah merbol. Di tanah tersebut (Merbol) atau dikenali dengan panggilan Tok Akib pada suatu masa dulu pernah ditemui keris serta juga lembing. Pertempuran Tok Janggut tidak berlaku di sini tetapi di Kg Pintu Pupuh dan 2 pokok kelapa tempat berlaku pertempuran tersebut adalah tanda 2 rakan seperjuangan yang meninggal semasa belaku pertempuran tersebut.

Sejajar dengan sejarah Tok Janggut, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan memberi pengiktirafan terhadap warisan perjuangan pahlawan Kelantan, Tok Janggut, dengan akan mewujudkan sebuah galeri atau memorial di Dataran Tok Janggut, Kampung Nering. Ianyanya merupakan langkah bagi memperingati perjuangan pahlawan tersebut yang nama sebenarnya Haji Hassan Panglima Mat Munas, menentang penjajah British di negeri ini pada 1915. Selain itu juga bagi menghargai masyarakat kampung ini, kementerian mengumumkan penubuhan Pusat Internet 1Malaysia masing-masing di Kampung Nering dan Semerak, untuk kemudahan penduduk di kampung berkenaan.

Pusat Internet 1 Malaysia dibuka di Kampung Nering bagi membantu orang kampung agar celik IT(teknologi maklumat). Pusat Internet 1 Malaysia Balai Tok Janggut, Pasir Puteh diberi nama sempena nama tokoh bersejarah negeri Kelantan iaitu Pahlawan Tok Janggut.

PI1M Balai Tok Janggut ditubuhkan sempena kedatangan Menteri Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr.Rais Yatim, ke Kampung Nering pada 25hb Mac 2013 untuk merasmikan Program Jelajah Budaya Jajahan Pasir Puteh Di Dataran Tok Janggut, Kampung Nering.

Balai Tok Janggut ditubuhkan oleh pemilik bangunan yakni Dato’ Hj Suhaimi Bin Hj Yacob anak jati kampung Nering bersempena dengan kepahlawanan Tok Janggut menentang tentera British, di mana di kawasan sekitar ini berlakunya pertempuran antara Tok Janggut dan pengikutnya dengan Tentera British (Gurkha).



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022


Program khidmat masyarakat (Pengisian kemas kini borang brim 2015)

Aktiviti Terkini | 01 - 31 Disember 2014

Program Khidmat Masyarakat melalui pengisian kemas kini borang BRIM 2015 bagi membantu orang kampung dalam mengemas kini BRIM. Memandangkan kebanyakan penduduk kampung sekitar PI1M Tok Janggut, iaitu Kg.Nering,Kg.Saring, Pintu Pupoh,Kg.Raja,Kg.Chengal Batu, Kelubi agak terlalu jauh untuk mengemas kini borang BRIM 2015 secara manual. Justeru itu, PI1M Tok Janggut telah mengambil langkah untuk menawarkan program pengisian kemas kini BRIM 2015 secara online.Program khidmat masyarakat ini,mendapat sokongan oleh JKKK Kg.Nering dan JKKK kampung yang berhampiran dengan PI1M Tok Janggut.Melalui Program ini, ianya juga dapat mengeratkan lagi semangat kerjasama antara petugas-petugas PI1M dengan orang kampung.

Melalui Program Pengisian kemas kini BRIM 2015 secara online yang dikemaskini oleh para petugas PI1M Tok Janggut, ianya juga dapat mempromosikan PI1M Tok Janggut kepada orang ramai. Ada sebahagian penduduk kampung yang tidak mengetahui fungsi Pi1M kepada orang ramai, setelah mereka datang ke PI1M tok Janggut bagi urusan kemas kini BRIM, secara tidak langsung penduduk kampung akan mengetahui lebih lanjut lagi mengenai kewujudan PI1M di tempat mereka. Para petugas PI1M Tok Janggut akan bagi penerangan dengan jelas mengenai PI1M ini.

KLIK DENGAN BIJAK (KDB) UNTUK LEPASAN UPSR SEK.KEB.KAMPONG RAJA, PASIR PUTEH, KELANTAN

Aktiviti Terkini | 06 November 2014

Program Klik Dengan Bijak (KDB) telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Kampong Raja, Pasir Puteh Kelantan. Program ini adalah kerjasama antara Pihak Pengurusan PI1M dengan pihak Sek.Keb.Kampong Raja. Tujuan Program KDB ini dilaksanakan adalah untuk memberi penerangan lebih lanjut mengenai cara menggunakan internet dengan bijak dan selamat sama ada penggunaan facebook, website, e-mail dan sebagainya. Memandangkan kejadian jenayah siber berleluasa di dalam internet. Dengan adanya program klik dengan bijak, para pelajar di beri pendedahan tentang langkah keselamatan dan menggunakan internet secara bijak dan selamat.

Pelajar dapat diberi pendedahan tentang penggunaan internet secara selamat dan bijak. Di samping itu, soalan kuiz berkaitan internet telah di ajukan kepada pelajar-pelajar tersebut, yang mana peserta dapat memberikan jawapan dengan betul,pemenang akan diberi hadiah hamper.Di samping itu, juga pihak pengurusan PI1M Tok Janggut dapat menjalinkan kerjasama dengan pihak Sekolah Kebangasaan Kampong Raja. Tumpuan KDB ini adalah kepada para pelajar lepasan UPSR.

HARI TERBUKA PI1M TOK JANGGUT KG.NERING

Aktiviti Terkini | 11 Oktober 2014

Aktiviti Open Day PI1M Tok Janggut, Kg.Nering telah diadakan pada 11hb Oktober 2014 hari Sabtu. Open Day ini bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Sepanjang Open Day dijalankan banyak aktiviti yang menarik telah diadakan pada hari tersebut.Aktiviti terbahagi kepada dua, iaitu Aktiviti Indoor dan Aktiviti Outdoor.Antara aktiviti Indoor yang telah dijalankan pada hari tersebut ialah Klik Dengan Bijak, Pertandingan Mewarna Online untuk kanak-kanak tabika Kemas Sri Pupoh, Pertandingan Movie Maker dan Pertandingan Menaip Paling Pantas terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah. Manakala Aktiviti Outdoor ialah pertandingan gubahan ketupat daun palas terbuka kepada golongan wanita dewasa, pertandingan tisu mumbia untuk remaja lelaki, pertandingan makan buah epal, pertandingan musical chair untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan, pertandingan mencari gula-gula dalam tepung dan pertandingan tarian poco-poco. Tujuan Utama Open Day ini dijalankan ialah bagi merapatkan hubungan antara penduduk kampung yang berhampiran dengan PI1M Tok Janggut, malahan, ianya juga dapat memperkenalkan PI1M Tok Janggut kepada orang ramai serta dapat menambahkan keahlian PI1M Tok Janggut, Kg.Nering.Selain aktiviti permainan semasa open day dijalankan, ianya juga dimeriahkan dengan persembahan seni tari silat, tomoi dan persembahan dikir barat serta cabutan bertuah kepada ahli PI1M Tok Janggut, Kg.Nering.

PERTANDINGAN KARANGAN BAHASA MELAYU (MICROSOFT WORD)

Aktiviti Terkini | 15 September 2014

Melalui pertandingan ini ianya dapat mencungkil bakat para peserta dalam membina ayat untuk membuat karangan serta dapat melatih para peserta memantapkan lagi kemahiran menaip menggunakan aplikasi komputer. Selain itu juga dapat memupuk semangat kerjasama antara peserta dengan peserta lain. Ini kerana apabila ada peserta yang tidak mahir menggunakan aplikasi komputer, peserta tersebut akan merujuk dengan peserta yang lebih mahir daripada mereka.

MERDEKARAYA (PERTANDINGAN MELUKIS BENDERA MALAYSIA - APLIKASI PAINT) DAN JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2014

Aktiviti Terkini | 30 Ogos 2014

Sempena menyambut bulan kemerdekaan,bagi menaikkan semangat patriosme di kalangan pengguna-pengguna PI1M dan dapat mencungkil bakat-bakat yang kreativiti dalam melukis bendera Malaysia. Peserta juga dapat melukis bendera dengan menggunakan software komputer serta dapat menonjolkan bakat kreativiti dalam menghasilkan bendera yang paling kreatif. Pihak PI1M Tok Janggut, Kg.Nering juga telah mengadakan jamuan hari raya Aidilfitri kepada semua pengunjung PI1M pada hari tersebut.

PERTANDINGAN MEMBUAT KAD HARI RAYA AIDILFITRI 2014 (MICROSOFT PUBLISHER)

Aktiviti Terkini | 26 Julai 2014

Sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri, kad hari raya dicipta oleh peserta untuk memberikan kepada keluarga mereka. Malahan,melalui pertandingan ini juga dapat mencungkil bakat peserta dalam merekacipta kad hari raya serta perkataan yang terdapat dalam kad hari raya tersebut. Ianya juga dapat memberitahu kepada keluarga peserta, bahawa peserta-peserta dapat menunjukkan kebolehan mereka dalam mencipta kad hari raya Aidilfitri, di mana semua hasil rekaan kad hari raya peserta,diserahkan kepada keluarga masing-masing dan di tampal dalam PI1M.

aktiviti gotong royong dalam pi1m dan luar sekitar pi1m

Aktiviti Terkini | 28 Jun 2014

Aktiviti gotong royong telah diadakan sempena menyambut Bulan Ramadhan. Aktiviti gotong royong telah dijalankan di dalam PI1M dan sekitar luar bangunan PI1M. Majoriti peserta yang telah menghadiri aktiviti tersebut adalah penguna PI1M tersebut. Aktivti gotong royong ini telah disertai seramai 15 orang. Tujuan gotong royong ini diadakan ialah bagi membersihkan kawasan PI1M, selain itu juga dapat mengeratkan talisilaturahim di antara sesama peserta, ianya juga dapat mengeratkan kerjasama antara petugas PI1M dan pengguna PI1M.

pertandingan wordsearch

Aktiviti Terkini | 31 Mei 2014

Pertandingan ini telah disertai seramai 20 orang peserta dan di bahagikan dalam 10 kumpulan, setiap kumpulan disertai 2 orang peserta. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk menguji minda para peserta serta dapat menunjukkan semangat bekerjasama antara kumpulan tersebut. Dengan adanya program ini, membantu menguji minda para peserta dalam mencari perkataan yang terdapat dalam senarai di atas kertas tersebut. Ianya juga dapat meningkatkan semangat berkumpulan serta komunikasi antara peserta tersebut. Apa yang paling penting dapat menunjukkan semangat berkerjasama di antara ahli kumpulan tersebut.

majlis perasmian pi1m oleh yb en.zawawi othman (adun semerak)

Aktiviti Terkini | 17 Mei 2014

Majlis Perasmian PI1M Tok Janggut telah dirasmikan sekali dengan PI1M Sg.Petai. Majlis Perasmian telah diadakan di PI1M Sg. Petai pada 17hb Mei 2014 hari Sabtu. Pada hari Majlis Perasmian PI1M banyak aktiviti menarik yang telah dijalankan sepanjang hari Majlis Perasmian tersebut.

perasmian semarak komuniti 1 malaysia & pelancaran unit komunikasi belia kelantan

Aktiviti Terkini | 11 April 2014

Perasmian Semarak Komuniti 1 Malaysia & Pelancaran Unit Komunikasi Belia Kelantan ini telah di adakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan pada 11hb April 2014 hari Jumaat dan dirasmikan oleh YB.En.Zawawi Othman (ADUN Semerak). PI1M Tok Janggut telah membuka gerai untuk pendaftaran baru dan promosi PI1M Tok Janggut. Tujuan gerai ini dibuka adalah untuk pendaftaran ahli baru PI1M dan mempromosikan PI1M Tok Janggut kepada semua pengunjung yang datang pada hari tersebut. Flyers PI1M Tok Janggut telah diedarkan kepada pengunjung. Dengan adanya program ini, dapat memberitahu kepada orang ramai mengenai kemudahan yang terdapat di PI1M Tok Janggut.

Jadual Kelas ICT Sepanjang Tahun 2014

Aktiviti Terkini | 10 Januari 2014

Sepanjang 2014 ini, PI1M Tok Janggut akan mengadakan kelas ICT kepada penduduk setempat dan sekitar PI1M Tok Janggut. Antara Kelas ICT yang telah dijalankan ialah pengenalan kepada asas komputer, Microsoft Office, Movie Maker, pengenalan kepada internet dan cara menggunakan dengan betul serta banyak lagi kelas ICT yang akan diadakan di PI1M Tok Janggut.

lagi berita & aktiviti