Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Nering merupakan sebuah kampung tradisi Kelantan yang terletak di dalam jajahan Pasir Puteh, Kelantan. Kampung ini berdekatan dengan Kampung Jeram, Saring,

Kampung ini merupakan kampung yang berkaitan dengan sejarah Tok Janggut. Di kampung nering inilah berlaku pertempuran diantara Tok Janggut dengan tentera upahan inggeris (Gurkha). Orang yang pertama meninggal adalah pada 24 Feb 1915. Kuburnya tidak bernama, namun ahli keluarga terdekat mengenali kuburnya melalui tanda diatas pangsa yang bertanda 24 Feb 1915. Allahyaham telah dibunuh oleh tentera upahan ini di pokok merbol yang kini masih lagi hidup dengan segar di depan madrasah merbol. Di tanah tersebut (Merbol) atau dikenali dengan panggilan Tok Akib pada suatu masa dulu pernah ditemui keris serta juga lembing. Pertempuran Tok Janggut tidak berlaku di sini tetapi di Kg Pintu Pupuh dan 2 pokok kelapa tempat berlaku pertempuran tersebut adalah tanda 2 rakan seperjuangan yang meninggal semasa belaku pertempuran tersebut.

Sejajar dengan sejarah Tok Janggut, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan memberi pengiktirafan terhadap warisan perjuangan pahlawan Kelantan, Tok Janggut, dengan akan mewujudkan sebuah galeri atau memorial di Dataran Tok Janggut, Kampung Nering. Ianyanya merupakan langkah bagi memperingati perjuangan pahlawan tersebut yang nama sebenarnya Haji Hassan Panglima Mat Munas, menentang penjajah British di negeri ini pada 1915. Selain itu juga bagi menghargai masyarakat kampung ini, kementerian mengumumkan penubuhan Pusat Internet 1Malaysia masing-masing di Kampung Nering dan Semerak, untuk kemudahan penduduk di kampung berkenaan.

Pusat Internet 1 Malaysia dibuka di Kampung Nering bagi membantu orang kampung agar celik IT(teknologi maklumat). Pusat Internet 1 Malaysia Balai Tok Janggut, Pasir Puteh diberi nama sempena nama tokoh bersejarah negeri Kelantan iaitu Pahlawan Tok Janggut.

PI1M Balai Tok Janggut ditubuhkan sempena kedatangan Menteri Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr.Rais Yatim, ke Kampung Nering pada 25hb Mac 2013 untuk merasmikan Program Jelajah Budaya Jajahan Pasir Puteh Di Dataran Tok Janggut, Kampung Nering.

Balai Tok Janggut ditubuhkan oleh pemilik bangunan yakni Dato’ Hj Suhaimi Bin Hj Yacob anak jati kampung Nering bersempena dengan kepahlawanan Tok Janggut menentang tentera British, di mana di kawasan sekitar ini berlakunya pertempuran antara Tok Janggut dan pengikutnya dengan Tentera British (Gurkha).



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022


PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT (Kemas Kini BRIM 2017 Melalui online)

Aktiviti Terkini | 10 - 31 Disember 2016

Program Khidmat Masyarakat melalui pengisian kemas kini borang BRIM 2017 bagi membantu orang kampung dalam mengemas kini BRIM. Memandangkan kebanyakan penduduk kampung sekitar PI1M Tok Janggut, iaitu Kg.Nering,Kg.Saring, Pintu Pupoh,Kg.Raja,Kg.Chengal Batu, Kelubi agak terlalu jauh untuk mengemas kini borang BRIM 2017 secara manual. Justeru itu, PI1M Tok Janggut telah mengambil langkah untuk menawarkan program pengisian kemas kini BRIM 2017 secara online.Program khidmat masyarakat ini,mendapat sokongan oleh JKKK Kg.Nering dan JKKK kampung yang berhampiran dengan PI1M Tok Janggut.Melalui Program ini, ianya juga dapat mengeratkan lagi semangat kerjasama antara petugas-petugas PI1M dengan orang kampung....baca selanjutnya

Pertandingan Jigzaw Puzzle dan Jamuan Makan

Aktiviti Terkini | 03 Disember 2016

Pertandingan ini diadakan adalah untuk menguji minda setiap peserta dalam menyiapkan puzzle dalam menjadi seperti di gambar rajah yang asal, yang mana setiap peserta mestilah mencantumkan setiap gambarajah seperti gambarajah asal. Pertandingan ini dilakukan dalam komputer dan peserta perlu menyiapkan puzzle dalam masa satu jam setengah....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK (KDB) & E-WASTE SMK GAAL

Aktiviti Terkini | 06 November 2016

Program KDB ini untuk memberi pendedahan kepada pelajar bahawa kepentingan menggunakan internet secara selamat dan bijak. Memandangkan pada masa sekarang zaman teknologi IT dan semua maklumat di hujung jari sahaja, oleh itu program ini dapat memberi info dan ilmu kepada pelajar serta guru-guru untuk menggunakan internet dengan selamat, yang mana terdapat banyah jenayah siber di masa ini. Melalui program ini pelajar dapat mengelakkan daripada jenayah siber seperti buli siber, fitnah online ataupun sebagainya....baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK (KDB) & E-WASTE DI SEKOLAH KEBANGSAAN KAMIL (2) PASIR PUTEH

26 Oktober 2016 | Aktiviti Terkini

Program KDB ini untuk memberi pendedahan kepada pelajar bahawa kepentingan menggunakan internet secara selamat dan bijak...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK (KDB) & E-WASTE DI SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR PUTEH

16 Oktober 2016 | Aktiviti Terkini

Program KDB ini untuk memberi pendedahan kepada pelajar bahawa kepentingan menggunakan internet secara selamat dan bijak...baca selanjutnya

Gotong Royong PI1M

Aktiviti Terkini | 03 September 2016

Gotong royong ini juga diadakan agar dapat mengeratkan kerjasama antara pengguna PI1M dengan petugas-petugas PI1M...baca selanjutnya

PERTANDINGAN VIDEO KREATIF KESIHATAN REMAJA 2016

Berita Terkini

Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menganjurkan ‘Pertandingan Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016’...baca selanjutnya

Bengkel Tatarias(Jom Cantik), KLIK DENGAN BIJAK (KDB) & Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PI1M Tok Janggut 2016

Aktiviti Terkini | 18 Julai 2016

Bengkel Jom Cantik – Mengeratkan lagi kerjasama antara staff PI1M dengan agensi luar-luar dalam melaksanakan sesuatu program yang bertempatkan di PI1M. Dengan ini PI1M akan lebih dikenali oleh masyarakat luar dengan adanya jalinan kerjasama antara PI1M dengan agensi luar.
KDB – Memberi taklimat mengenai penggunaan internet dengan selamat dan bijak, memandangkan kebanyakan peserta terdiri daripada remaja dan kaum ibu. Melalui taklimat ini dapat memberi pendedahan kepada peserta mengenai bahaya jenayah siber di alam maya ini.
Sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri PI1M – merapatkan hubungan staf PI1M dengan Masyarakat komuniti disekitar PI1M...baca selanjutnya

Pertandingan Melukis Sempena Bulan Ramadan Dan Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2016

Aktiviti Terkini | 23 Jun 2016

Para peserta dapat mengisi masa lapang di waktu cuti persekolahan hujung minggu dengan menyertai pertandingan ini. Malah ianya juga dapat mengeratkan hubungan persaudaraan, yang mana ada di kalangan para peserta ada hubungan adik beradik yang menyertai pertandingan ini. Para peserta juga dapat menyiapkan hasil lukisan mereka dalam masa yang ditetapkan...baca selanjutnya

Soalan Kuiz ICT & KDB

Aktiviti Terkini | 28 Mei 2016

Pertandingan ini diadakan adalah untuk menguji minda setiap peserta dalam bidang ICT dan Klik Dengan Bijak (KDB) dan para peserta dapat mengaplikasi dalam menjawab soalan dengan apa yang dipelajari di PI1M Tok Janggut...baca selanjutnya

KURSUS JANGKA PENDEK ASAS PEMASANGAN DAN PENYELENGARAAN KOMPUTER

Aktiviti Terkini | 22 - 23 April 2016

Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai asas-asas komponen dalam komputer dan CPU dengan lebih dekat lagi...baca selanjutnya

PROGRAM MALAM ASPIRASI KEBUDAYAAN - PERSEMBAHAN DIKIR BARAT

Aktiviti Terkini | 15 April 2016

Bagi merapatkan hubungan ukhwah antara masyarakat komuniti dan petugas PI1M. Masyarakat komuniti boleh mengenali PI1M dengan secara keseluruhan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh PI1M...baca selanjutnya

PERTANDINGAN JIGZAW PUZZLE

Aktiviti Terkini | 02 Mac 2016

Pertandingan ini diadakan adalah untuk menguji minda setiap peserta dalam menyiapkan puzzle dalam menjadi seperti di gambar rajah yang asal...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Aktiviti Terkini | 23 Februari 2016

Lokasi Program ini diadakan di Sekolah Kebangsaan Jeram, Pasir Puteh Kelantan. Program KDB ini untuk memberi pendedahan kepada pelajar bahawa kepentingan menggunakan internet secara selamat dan bijak...baca selanjutnya

Pertandingan Menara Belon

Aktiviti Terkini | 30 Januari 2016

Bagi mencungkil bakat para peserta dalam kreatif dan menguji minda peserta dalam menyiapkan tugasan yang diberikan agar nampak menarik, kekemasan dan susunan belon tersebut agar menjadi sebuah menara. Ianya juga dapat memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain setiap kumpulan tersebut bagi menyiapkan susunan menara belon dalam masa yang telah ditetapkan.Ianya juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara petugas PI1M dan para peserta...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti