Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Nering merupakan sebuah kampung tradisi Kelantan yang terletak di dalam jajahan Pasir Puteh, Kelantan. Kampung ini berdekatan dengan Kampung Jeram, Saring,

Kampung ini merupakan kampung yang berkaitan dengan sejarah Tok Janggut. Di kampung nering inilah berlaku pertempuran diantara Tok Janggut dengan tentera upahan inggeris (Gurkha). Orang yang pertama meninggal adalah pada 24 Feb 1915. Kuburnya tidak bernama, namun ahli keluarga terdekat mengenali kuburnya melalui tanda diatas pangsa yang bertanda 24 Feb 1915. Allahyaham telah dibunuh oleh tentera upahan ini di pokok merbol yang kini masih lagi hidup dengan segar di depan madrasah merbol. Di tanah tersebut (Merbol) atau dikenali dengan panggilan Tok Akib pada suatu masa dulu pernah ditemui keris serta juga lembing. Pertempuran Tok Janggut tidak berlaku di sini tetapi di Kg Pintu Pupuh dan 2 pokok kelapa tempat berlaku pertempuran tersebut adalah tanda 2 rakan seperjuangan yang meninggal semasa belaku pertempuran tersebut.

Sejajar dengan sejarah Tok Janggut, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan memberi pengiktirafan terhadap warisan perjuangan pahlawan Kelantan, Tok Janggut, dengan akan mewujudkan sebuah galeri atau memorial di Dataran Tok Janggut, Kampung Nering. Ianyanya merupakan langkah bagi memperingati perjuangan pahlawan tersebut yang nama sebenarnya Haji Hassan Panglima Mat Munas, menentang penjajah British di negeri ini pada 1915. Selain itu juga bagi menghargai masyarakat kampung ini, kementerian mengumumkan penubuhan Pusat Internet 1Malaysia masing-masing di Kampung Nering dan Semerak, untuk kemudahan penduduk di kampung berkenaan.

Pusat Internet 1 Malaysia dibuka di Kampung Nering bagi membantu orang kampung agar celik IT(teknologi maklumat). Pusat Internet 1 Malaysia Balai Tok Janggut, Pasir Puteh diberi nama sempena nama tokoh bersejarah negeri Kelantan iaitu Pahlawan Tok Janggut.

PI1M Balai Tok Janggut ditubuhkan sempena kedatangan Menteri Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr.Rais Yatim, ke Kampung Nering pada 25hb Mac 2013 untuk merasmikan Program Jelajah Budaya Jajahan Pasir Puteh Di Dataran Tok Janggut, Kampung Nering.

Balai Tok Janggut ditubuhkan oleh pemilik bangunan yakni Dato’ Hj Suhaimi Bin Hj Yacob anak jati kampung Nering bersempena dengan kepahlawanan Tok Janggut menentang tentera British, di mana di kawasan sekitar ini berlakunya pertempuran antara Tok Janggut dan pengikutnya dengan Tentera British (Gurkha).



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022


KEMASKINI BRIM 2018

Aktiviti Terkini | Sepanjang Disember 2017

Program Khidmat Masyarakat melalui pengisian kemas kini borang BRIM 2018 bagi membantu orang kampung dalam mengemas kini BRIM. Memandangkan kebanyakan penduduk kampung sekitar PI1M Tok Janggut, iaitu Kg.Nering,Kg.Saring, Pintu Pupoh,Kg.Raja,Kg.Chengal Batu, Kelubi agak terlalu jauh untuk mengemas kini borang BRIM 2018 secara manual. Justeru itu, PI1M Tok Janggut telah mengambil langkah untuk menawarkan program pengisian kemas kini BRIM 2018 secara online.Program khidmat masyarakat ini,mendapat sokongan oleh JKKK Kg.Nering dan JKKK kampung yang berhampiran dengan PI1M Tok Janggut.Melalui Program ini, ianya juga dapat mengeratkan lagi semangat kerjasama antara petugas-petugas PI1M dengan orang kampung...baca selanjutnya

PERTANDINGAN PUZZLE ONLINE, SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN JAMUAN MAKAN

Aktiviti Terkini | 24 Disember 2017

Bagi mengisi masa lapang para peserta sewaktu musim cuti persekolahan dan atas permintaan ahli-ahli PI1M agar dibuat pertandingan puzzle online.....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMU (A) NURUL ITTIFAK KG NERING

Aktiviti Terkini | 07 November 2017

Program KDB ini untuk memberi pendedahan kepada pelajar bahawa kepentingan menggunakan internet secara selamat dan bijak. Program ini adalah untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)....baca selanjutnya

PROGRAM PERTANDINGAN MELUKIS BENDERA MALAYSIA,LOGO JABATAN PENERANGAN & NEGARAKU DI ATAS KAIN COTTON

Aktiviti Terkini | 28 Oktober 2017

Program Negaraku@komuniti Peringkat Komuniti 1Malaysia Kg Saring ini diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan dalam kalangan ahli KI1M setempat serta masyarakat setempat. Program ini diadakan dengan kerjasama PI1M Tok Janggut,Kg Nering yang mana dalam usaha mengeratkan hubungan antara jabatan,PI1M Tok Janggut serta masyarakat setempat....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK (KDB) & E-WASTE (PASCA UPSR 2017) DI SK SRI AMAN

Aktiviti Terkini | 26 September 2017

Program KDB ini untuk memberi pendedahan kepada pelajar bahawa kepentingan menggunakan internet secara selamat dan bijak. Memandangkan pada masa sekarang zaman teknologi IT dan semua maklumat di hujung jari sahaja, oleh itu program ini dapat memberi info dan ilmu kepada pelajar serta guru-guru untuk menggunakan internet dengan selamat, yang mana terdapat banyah jenayah siber di masa ini. Melalui program ini pelajar dapat mengelakkan daripada jenayah siber seperti buli siber, fitnah online ataupun sebagainya....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK (KDB) & E-WASTE (PASCA UPSR 2017) DI SK PASIR PUTEH

Aktiviti Terkini | 24 September 2017

Para pelajar lepasan UPSR dapat mengisi aktiviti selepas menghadapi peperiksaan UPSR. Para pelajar juga didedahkan mengenai risiko keselamatan sekiranya tidak menggunakan internet secara bijak dan selamat....baca selanjutnya

PERTANDINGAN KUIZ ONLINE MERDEKA

Aktiviti Terkini | 26 Ogos 2017

Para peserta dapat mengetahui sejarah kemerdekaan dan boleh menaikkan semangat patriotsme di kalangan para peserta kuiz.Ianya juga para peserta dapat belajar tentang sejarah Malaysia sebelum dan selepas merdeka dan tahu apa itu kemerdekaan....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA MERDEKA PRA SEKOLAH SK KG SEPULAU CHERANG RUKU

Aktiviti Terkini | 24 Ogos 2017

Melalui pertandingan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak sekolah dengan pi1m-pi1m yang terlibat dan pihak sekolah dapat mengetahu mengenai fungsi PI1M dan kemudahan yang terdapat di Pi1M masing-masing....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KDB & E WASTE

Aktiviti Terkini | 19 Julai 2017

Sempena Minggu Pusat Sumber Dan Minggu Bahasa, pihak SMK Padang Pak Amat telah menjemput PI1M Tok Janggut untuk memberi taklimat mengenai klik dengan bijak, yang mana pada masa kini semua maklumat dihujung jari,cara bagaimana hendak mengatasi masalah-masalah jenayah siber dan yang berleluasa pada masa sekarang serta cara menggunakan internet dengan selamat dan bijak. Dalam masa yang sama pendedahan ‘Tidak Pasti Jangan Kongsi’....baca selanjutnya

MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 15 Julai 2017

Sempena Majlis Hari Raya Aidilfitri 2017 Mukim Nering & Saring, pihak JKKK telah menjemput PI1M Tok Janggut untuk membuat program Advokasi KDB untuk memberi pendedahan kepada masyrakat mengenai penggunaan internet dengan selamat,bijak dan berhemah. Selain itu juga, memberi penjelasan apa itu ‘tidak pasti jangan kongsi, memandangkan sekarang ini banyak isu-isu yang diviral terutamanya di laman sosial yang tidak pasti sama ada isu tersebut adalah sahih atau palsu. Selain itu juga, dapat mengeratkan silaturahim antara pekerja PI1M Tok Janggut dengan JKKK Mukim Nering & Saring serta masyarakat setempat....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KDB & E WASTE

Aktiviti Terkini | 14 Jun 2017

Sempena Pengambilan pelajar baru bagi Tingkatan 4 di Kolej Vokasional Pasir Puteh, Pi1M Tok Janggut Mengambil peluang untuk memberi taklimat mengenai Advokasi KDB & E Waste kepada pelajar sempena minggu orientasi pelajar-pelajar baru. Kolej Vokasional Pasir Puteh baru dibuka dan pengambilan pelajar peringkat pertama adalah pada 13hb Jun 2017 dalam bidang Agroindustri Tanaman....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MELUKIS (PAINT) TEMA : SEMPENA BULAN RAMADAN DAN MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 2017

Aktiviti Terkini | 03 Jun 2017

Tujuan pertandingan ini adalah untuk mencungkil bakat para peserta dalam melukis menggunakan aplikasi Paint dan dapat menghasilkan lukisan yang kreatif, menarik & inovatif dengan bertemakan suasana Ramadan dan sambutan hari raya aidilfitri....baca selanjutnya

Program KDB, E-Waste Dan Pameran Robotik Di Karnival Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri

Aktiviti Terkini | 24 - 25 Mei 2017

Program ini melatih dan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang penggunaan teknologi dengan berhemah dan merapatkan hubungan antara guru, pelajar serta pengunjung dan pihak pengurusan PI1M selain memberi pendedahan tentang apa itu robotik kearah kemahiran berfikir aras tinggi...baca selanjutnya

PROGRAM EKSPRESI NEGARAKU

Aktiviti Terkini | 13 Mei 2017

Aktiviti-aktiviti interaktif disediakan dengan matlamat untuk memupuk semangat patriotisme, kebanggaan, kecintaan & memberi inspirasi kepada rakyat. Ekspresi negaraku menyediakan platform untuk mengenengahkan kisah-kisah kejayaan & sumbangan individu, komuniti & organisasi yang telah mencipta nama untuk malaysia....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KDB & E WASTE

Aktiviti Terkini | 03 Mei 2017

Sempena minggu orientasi Pra-U yang baru mendaftar di SMK Tok Janggut, yang mana pelajar Pra-U adalah lepasan SPM 2016,pihak sekolah ingin memberi ruang kepada PI1M Tok Janggut bagi menyampaikan taklimat KDB kepada para pelajar Pra-U agar berhati-hati dalam menggunakan internet terutamanya di medan laman sosial. Para pelajar mestilah bijak dalam menggunakan medan sosial tersebut. Pelajar didedahkan apa yang tidak pasti, janganlah cepat-cepat untuk dikongsi kepada orang ramai serta kesan apabila menyebarkan maklumat yang tidak pasti....baca selanjutnya

'Public Speaking & High Impact Presentation Training'

Aktiviti Terkini | 24 - 25 April 2017

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menyampaikan perbentangan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan PI1M kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap PI1M....baca selanjutnya

MENYATU MENGHUBUNG PASIR PUTEH ANJURAN MCMC DI SK GONG MANAK

Aktiviti Terkini | 21 - 22 April 2017

Program ini memperkenalkan Pusat Internet 1Malaysia Cherang Ruku kepada penduduk sekitar dan memberi penerangan kelebihan yang ada di PI1M Cherang Ruku...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KDB & E WASTE

Aktiviti Terkini | 16 April 2017

Pendedahan KDB ini diadakan kepada pelajar Tingkatan 1 yang mengambil subjek Komputer. Oleh yang demikian, pihak sekolah ingin memberi pendedahan awal kepada para pelajar tingkatan 1 yang mengambil subjek komputer agar faham dengan KDB serta cara menggunakan internet secara berhemah dan selamat....baca selanjutnya

PROGRAM PENTARAMA DAERAH PASIR PUTEH 2017 – ANJURAN JABATAN PENERANGAN DAERAH PASIR PUTEH

Aktiviti Terkini | 06 Mac 2017

Bagi merapatkan hubungan ukhwah antara masyarakat komuniti dan petugas PI1M. Masyarakat komuniti boleh mengenali PI1M dengan secara keseluruhan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh PI1M. Bagi mengeratkan jalinan kerjasama antara petugas Pi1M Agensi Kerajaan yakni Jabatan Penerangan Pasir Puteh....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KDB & E WASTE SK TELOSAN

Aktiviti Terkini | 01 Mac 2017

Melalui program KDB ini, para pelajar dan guru dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam ceramah KDB dalam menggunakan internet dengan selamat, memandangkan banyak kes-kes jenayah siber yang sedang melanda di alam maya ini. Selain itu, pelajar dapat menjawab soalan kuiz yang disediakan. Soalan kuiz berdasarkan sekitar penggunaan internet dalam seharian....baca selanjutnya

Program Advokasi KDB & E Waste di SK Kg Raja, Pasir Puteh, Kelantan

Aktiviti Terkini | 27 Februari 2017

Sempena minggu displin sekolah tersebut telah diselitkan program Advokasi KDB & E Waste yang di sampaikan oleh para petugas PI1M Tok Janggut, Kg Nering. KDB ini dijalankan adalah untuk memberitahu kepada pelajar dan guru-guru cara menggunakan internet dengan betul dan selamat secara bijak....baca selanjutnya

Program Advokasi KDB & E Waste di SK Gaal, Pasir Puteh, Kelantan

Aktiviti Terkini | 15 Februari 2017

Melalui program KDB ini, para pelajar dan guru dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam ceramah KDB dalam menggunakan internet dengan selamat, memandangkan banyak kes-kes jenayah siber yang sedang melanda di alam maya ini. Selain itu, pelajar dapat menjawab soalan kuiz yang disediakan. Soalan kuiz berdasarkan sekitar penggunaan internet dalam seharian....baca selanjutnya

Pertandingan Cari Perkataan Tersembunyi, Sambutan Maulidur Rasul dan Jamuan Makan

Aktiviti Terkini | 07 Januari 2017

Pertandingan ini diadakan adalah untuk melatih para peserta dalam menguji minda masing-masing dalam mencari perkataan yang telah ditetapkan dalam pertandingan ini. Pertandingan dibahagikan dalam kumpulan dan setiap kumpulan disertai oleh 2 orang peserta.Di samping itu juga bersempenaan dengan bulan Maulidur Rasul, Para Peserta telah didedahkan sedikit ceramah mengenai perjuangan Nabi Muhammad S.A.W serta berselawat Ke atas Nabi....baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti