Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Nering merupakan sebuah kampung tradisi Kelantan yang terletak di dalam jajahan Pasir Puteh, Kelantan. Kampung ini berdekatan dengan Kampung Jeram, Saring,

Kampung ini merupakan kampung yang berkaitan dengan sejarah Tok Janggut. Di kampung nering inilah berlaku pertempuran diantara Tok Janggut dengan tentera upahan inggeris (Gurkha). Orang yang pertama meninggal adalah pada 24 Feb 1915. Kuburnya tidak bernama, namun ahli keluarga terdekat mengenali kuburnya melalui tanda diatas pangsa yang bertanda 24 Feb 1915. Allahyaham telah dibunuh oleh tentera upahan ini di pokok merbol yang kini masih lagi hidup dengan segar di depan madrasah merbol. Di tanah tersebut (Merbol) atau dikenali dengan panggilan Tok Akib pada suatu masa dulu pernah ditemui keris serta juga lembing. Pertempuran Tok Janggut tidak berlaku di sini tetapi di Kg Pintu Pupuh dan 2 pokok kelapa tempat berlaku pertempuran tersebut adalah tanda 2 rakan seperjuangan yang meninggal semasa belaku pertempuran tersebut.

Sejajar dengan sejarah Tok Janggut, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan memberi pengiktirafan terhadap warisan perjuangan pahlawan Kelantan, Tok Janggut, dengan akan mewujudkan sebuah galeri atau memorial di Dataran Tok Janggut, Kampung Nering. Ianyanya merupakan langkah bagi memperingati perjuangan pahlawan tersebut yang nama sebenarnya Haji Hassan Panglima Mat Munas, menentang penjajah British di negeri ini pada 1915. Selain itu juga bagi menghargai masyarakat kampung ini, kementerian mengumumkan penubuhan Pusat Internet 1Malaysia masing-masing di Kampung Nering dan Semerak, untuk kemudahan penduduk di kampung berkenaan.

Pusat Internet 1 Malaysia dibuka di Kampung Nering bagi membantu orang kampung agar celik IT(teknologi maklumat). Pusat Internet 1 Malaysia Balai Tok Janggut, Pasir Puteh diberi nama sempena nama tokoh bersejarah negeri Kelantan iaitu Pahlawan Tok Janggut.

PI1M Balai Tok Janggut ditubuhkan sempena kedatangan Menteri Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr.Rais Yatim, ke Kampung Nering pada 25hb Mac 2013 untuk merasmikan Program Jelajah Budaya Jajahan Pasir Puteh Di Dataran Tok Janggut, Kampung Nering.

Balai Tok Janggut ditubuhkan oleh pemilik bangunan yakni Dato’ Hj Suhaimi Bin Hj Yacob anak jati kampung Nering bersempena dengan kepahlawanan Tok Janggut menentang tentera British, di mana di kawasan sekitar ini berlakunya pertempuran antara Tok Janggut dan pengikutnya dengan Tentera British (Gurkha).



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022


PROGRAM ADVOKASI DI SK BUKIT AWANG PASIR PUTEH

Aktiviti Terkini | 30 Disember 2019

Ibu bapa dapat memantau anak-anak mereka dalam menggunakan telefon pintar terutamanya semasa melayari internet serta cara menggunakan dengan betul media sosial agar tiadk terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang boleh memudaratkan kepada anak-anak mereka....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI MSU COLLEGE KOTA BHARU

Aktiviti Terkini | 11 Disember 2019

Para Siswa Dan Siswi dapat mengetahui lebih lanjut lagi mengenai Klik Dengan Bijak dan Tidak Pasti Jangan Kongsi,yang mana sebelum ini ada sebahagian siswa dan siswi dapat mengetahui secara ringkas sahaja. Ianya juga dapat mendidik para siswa dan siswi dalam berhemah menggunakan internet dalam kehidupan seharian,sekaligus dapat mengurangkan jenayah siber dan penularan berita-berita palsu untuk masa akan datang....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK GAAL

Aktiviti Terkini | 06 November 2019

Program ini untuk memberi pendedahan kepada pelajar keselamatan semasa mengendalikan internet dan pelajar didedahkan dengan pelbagai topik seperti online banking, buli siber, sexting dan bagaimana cara untuk mengatasi sekiranya mengalami masalah berikut.....baca selanjutnya

PROGRAM TAUTAN KASIH SMK CHERANG RUKU

Aktiviti Terkini | 06 Oktober 2019

Program ini bertujuan untuk menjalankan satu satu aktiviti bagi pelajar-pelajar PDK seramaai 40 orang beserta guru. Belajar beraktiviti sambil berfikir untuk menghasilkan satu idea mengikut bahan yang diberikan. Pelajar-pelajar diberi satu keping kertas yang bercorak ikan dan akan menampalkan manik di atas kertas bagi menghidupkan gambar ikan tersebut. Permainan kedua adalah mengenal emosi dan lakonkan mengikut emosi yang diberi....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK KG RAJA, PASIR PUTEH

Aktiviti Terkini | 23 September 2019

Program ini adalah untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet) dan mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain....baca selanjutnya

PROGRAM MERDEKA BERTEMAKAN SAYANGI MALAYSIAKU

Aktiviti Terkini | 15 September 2019

Sebagai salah satu program yang diadakan untuk menyemarakkan hari kemerdekaan sempena sambutan penutup bulan kemerdekaan 2019...baca selanjutnya

PROGRAM PERTANDINGAN MEWARNA PRA SEKOLAH SK KG SEPULAU

Aktiviti Terkini | 29 Ogos 2019

Pelajar diagihkan tempat dan diberi sedikit penerangan mengenai program ini. Masa yang diberikan selama satu jam sahaja untuk disiapkan. Guru-guru turut memantau pelajar-pelajar bagi memudahkan urusan sepanjang program berlangsung....baca selanjutnya

PROGRAM SEMINAR USAHAWAN ONLINE BERSAMA KAKITANGAN PDK GAAL

Aktiviti Terkini | 01 Ogos 2019

Program ini mendedahkan warga PDK untuk lebih mengetahui cara jana pendapatan dengan cepat....baca selanjutnya

PESKO SMK KUBANG BEMBAN

Aktiviti Terkini | 11 Julai 2019

Program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan secara umumnya mengenai Program Advokasi kepada warga sekolah dan pelajar sekolah. Berikutan teknologi yang pesat dan kian membangun seiring dengan peranti yang semakin canggih,pendedahan kepada dunia internet kian meluas. Penekanan dan kesedaran yang perlu dipupuk bagi melahirkan generasi cemerlang dalam menjadi pengguna internet yang lebih bijak dan beretika. Program KDB yang menekankan 3 ciri utama iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang sangat penting untuk menjaga etika dalam dunia siber....baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 29 Jun 2019

Sempena bulan Syawal, Majlis Hari Raya Aidilfitri diadakan kepada Ahli PI Tok Janggut dan Staf Pusat Internet Digi Kelantan. Jamuan Hari raya ini diadakan bagi mengeratkan silatturahim antara staf pusat internet dengan masyarakat komuniti sekitar PI Tok Janggut....baca selanjutnya

PROGRAM PERTANDINGAN MEWARNA SECARA DIGITAL

Aktiviti Terkini | 18 Mei 2019

Sempena cuti hujung minggu persekolahan, satu program pertandingan mewarna secara digital telah diadakan kepada Ahli PI Tok Janggut,bagi mengisi masa lapang mereka. Ianya juga dapat menguji minda para peserta dalam mewarna secara digital,yang mana sebelum ini,peserta hanya didedahkan dengan mewarna menggunakan pensil warna sahaja. Apabila menggunakan warna digital,peserta dapat mempelajari ilmu yang baru....baca selanjutnya

PROGRAM DIY KAD UCAPAN SEMPENA HARI IBU

Aktiviti Terkini | 11 Mei 2019

Sempena Hari Ibu,PI Tok Janggut telah membuat satu program DIY kad ucapan Hari Ibu,yang mana peserta adalah dikalangan Ahli Pusat Internet,yang mana sebelum ini mereka tidak pernah membuat kad ucapan sempena hari Ibu.Dengan adanya PI Tok janggut,peserta dapat mempelajari tutorial membuat kad ucapan melalui pembelaran intelaktif secara youtube....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DAN TAUTAN KASIH BERSAMA PDK GAAL, PASIR PUTEH

Aktiviti Terkini | 05 Mei 2019

Program ini juga bertujuan menjalankan aktiviti bagi pelajar PDK Gaal sambil berfikir untuk menghasilkan satu idea mengikut bahan yang diberikan. Pelajar-pelajar diberi 1 set batang aiskrim dan diolah oleh mereka mengikut idea tersendiri dengan bantuan staf pusat internet....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI KOLEJ VOKASIONAL PASIR PUTEH

Aktiviti Terkini | 24 April 2019

Program ini untuk memberi pendedahan kepada pelajar keselamatan semasa mengendalikan internet. Pelajar didedahkan dengan pelbagai topik seperti online banking, buli siber, sexting dan bagaimana cara untuk mengatasi sekiranya mengalami masalah berikut....baca selanjutnya

DIY BEKAS PENSIL MENGGUNAKAN BATANG AISKRIM

Aktiviti Terkini | 30 Mac 2019

Program ini bertujuan adalah sesi elektif pembelajaran melalui youtube iaitu para peserta melihat cara DIY bekas pensil menggunakan Batang Aiskrim. Oleh yang demikian peserta dapat mempersembahkan cara DIY dengan cara kreativiti masing-masing....baca selanjutnya

KARNIVAL USAHAWAN MUDA KELANTAN DUN TENDONG

Aktiviti Terkini | 27 Mac 2019

Penglibatan Pusat Internet dalam Karnival Usahawan Anak Muda Kelantan adalah dengan membawa objektif utama iaitu untuk memperkenalkan kepada usahawan-usahawan muda bahawa pusat internet adalah salah satu platform atau medium dalam melahirkan usahawan yang berdaya saing....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK PADANG PAK AMAT

Aktiviti Terkini | 20 Mac 2019

Program ini untuk memberi pendedahan kepada pelajar keselamatan semasa mengendalikan internet....baca selanjutnya

AKTIVITI BERSAMA USAHAWAN HENNA

Aktiviti Terkini | 17 Mac 2019

Program ini diadakan untuk memberi tunjuk ajar kepada staff Pusat Internet dan komuniti Kuala Paku....baca selanjutnya

PROGRAM KEUSAHAWANAN SHOPEE

Aktiviti Terkini | 16 Mac 2019

Program ini dijalankan bagi memberi latihan kepada para usahawan untuk mengetahui berkaitan strategi perniagaan menggunakan laman membeli belah atas talian. Jika sebelum ini para usahawan hanya menggunakan kaedah penjualan secara langsung atau menggunakan media social seperti facebook dan Instagram. Hal ini kerana mereka kurang ilmu berkaitan shopee. Dimana mereka bukan hanya boleh menjadikan shopee sebagai medan membeli belah atas talian tetapi mereka juga boleh memulakan perniagaan menggunakan laman shopee.....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK SUNGAI PETAI

Aktiviti Terkini | 12 Mac 2019

Program ini dianjurkan oleh PI Cherang Ruku, PI Sg Petai dan PI Tok Janggut yang melibatkan seramai 500 orang pelajar termasuk guru-guru....baca selanjutnya

Program Advokasi di Karnival Cakno Pustako Bersama Pemimpin

Aktiviti Terkini | 02 Februari 2019

Program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan secara umumnya mengenai Program Advokasi kepada warga tempatan dan pengunjung. Berikutan teknologi yang pesat dan kian membangun seiring dengan peranti yang semakin canggih,pendedahan kepada dunia internet kian meluas. Penekanan dan kesedaran yang perlu dipupuk bagi melahirkan generasi cemerlang dalam menjadi pengguna internet yang lebih bijak dan beretika. Program KDB yang menekankan 3 ciri utama iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang sangat penting untuk menjaga etika dalam dunia siber. ...baca selanjutnya

Program Keusahawanan (Interaktif Learning Digital)

Aktiviti Terkini | 20 Januari 2019

Program ini merupakan kerjasama dengan LP Multimedia Sdn Bhd. Program ini bertujuan untuk mendedahkan tentang Platform Keusahawanan Produk digital Interactive Pendidikan kepada staf PI bagi memberi pendedahan dan tunjuk ajar kepada staf PI yang terlibat bagi memantapkan lagi dalam keilmuan dari segi pusat tuisyen secara online. Secara tidak langsung Staf PI yang hadir program ini dapat memberi ilmu dan tunjuk ajar kepada usahawan pi masing-masing dalam mengendalikan pusat tuisyen secara online....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti