Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Nering merupakan sebuah kampung tradisi Kelantan yang terletak di dalam jajahan Pasir Puteh, Kelantan. Kampung ini berdekatan dengan Kampung Jeram, Saring,

Kampung ini merupakan kampung yang berkaitan dengan sejarah Tok Janggut. Di kampung nering inilah berlaku pertempuran diantara Tok Janggut dengan tentera upahan inggeris (Gurkha). Orang yang pertama meninggal adalah pada 24 Feb 1915. Kuburnya tidak bernama, namun ahli keluarga terdekat mengenali kuburnya melalui tanda diatas pangsa yang bertanda 24 Feb 1915. Allahyaham telah dibunuh oleh tentera upahan ini di pokok merbol yang kini masih lagi hidup dengan segar di depan madrasah merbol. Di tanah tersebut (Merbol) atau dikenali dengan panggilan Tok Akib pada suatu masa dulu pernah ditemui keris serta juga lembing. Pertempuran Tok Janggut tidak berlaku di sini tetapi di Kg Pintu Pupuh dan 2 pokok kelapa tempat berlaku pertempuran tersebut adalah tanda 2 rakan seperjuangan yang meninggal semasa belaku pertempuran tersebut.

Sejajar dengan sejarah Tok Janggut, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan memberi pengiktirafan terhadap warisan perjuangan pahlawan Kelantan, Tok Janggut, dengan akan mewujudkan sebuah galeri atau memorial di Dataran Tok Janggut, Kampung Nering. Ianyanya merupakan langkah bagi memperingati perjuangan pahlawan tersebut yang nama sebenarnya Haji Hassan Panglima Mat Munas, menentang penjajah British di negeri ini pada 1915. Selain itu juga bagi menghargai masyarakat kampung ini, kementerian mengumumkan penubuhan Pusat Internet 1Malaysia masing-masing di Kampung Nering dan Semerak, untuk kemudahan penduduk di kampung berkenaan.

Pusat Internet 1 Malaysia dibuka di Kampung Nering bagi membantu orang kampung agar celik IT(teknologi maklumat). Pusat Internet 1 Malaysia Balai Tok Janggut, Pasir Puteh diberi nama sempena nama tokoh bersejarah negeri Kelantan iaitu Pahlawan Tok Janggut.

PI1M Balai Tok Janggut ditubuhkan sempena kedatangan Menteri Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr.Rais Yatim, ke Kampung Nering pada 25hb Mac 2013 untuk merasmikan Program Jelajah Budaya Jajahan Pasir Puteh Di Dataran Tok Janggut, Kampung Nering.

Balai Tok Janggut ditubuhkan oleh pemilik bangunan yakni Dato’ Hj Suhaimi Bin Hj Yacob anak jati kampung Nering bersempena dengan kepahlawanan Tok Janggut menentang tentera British, di mana di kawasan sekitar ini berlakunya pertempuran antara Tok Janggut dan pengikutnya dengan Tentera British (Gurkha).



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022


PROGRAM SEMBANG SANTAI (LIVE) USAHAWAN KOMUNITI BERSAMA PIK TOK JANGGUT

Aktiviti Terkini | 6 Disember 2020

Program ini memberi ruang dan peluang kepada usahawan tempatan memperkenalkan produk usahawan (coklat nise) secara langsung (Live) kepada komuniti di atas talian di musim PKP ini....baca selanjutnya

PROGRAM KELAS SHOPEE BERSAMA USAHAWAN EJEN COWAY

Aktiviti Terkini | 8 November 2020

Program ini memberi pendedahan ilmu secara teori dan praktikal yang lebih efektif dan mudah dipelajari....baca selanjutnya

ADVOKASI KDB DI PPDK GAAL- JERAM (PROGRAM MOTIVASI JENAYAH CYBER & KANAK-KANAK OKU)

Aktiviti Terkini | 13 Oktober 2020

Program ini adalah untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)...baca selanjutnya

PROGRAM KELAS SHOPEE BERSAMA USAHAWAN SABUN HANDMADE

Aktiviti Terkini | 18 September 2020

Program ini memberi pendedahan ilmu secara teori dan praktikal yang lebih efektif dan mudah dipelajari....baca selanjutnya

LAWATAN MDEC KE PUSAT INTERNET TOK JANGGUT

Aktiviti Terkini | 7 September 2020

Lawatan MDEC ke pusat internet Tok Janggut adalah bertujuan untuk penyerahan alat bantuan fotografi dan taklimat berkaitan perjalanan program PeDAS bersama pengurus, usahawan serta agensi yang terlibat....baca selanjutnya

BENGKEL MIV BERSAMA KOMUNITI 2020 SECARA ONLINE ANJURAN MCMC

Aktiviti Terkini | 5 September 2020

Taklimat MIV dan Tugasan Sukarelawan Klik Dengan Bijak (KDB)...baca selanjutnya

TEMUDUGA PENGAMBILAN PELAJAR BARU KOLEJ COSMOPOINT KOTA BHARU DI PI TOK JANGGUT

Aktiviti Terkini | 27 Ogos 2020

Menemuduga Pelajar Yang Telah Disenarai Pendekkan Untuk Mengetahui Latar Belakang Kehidupan. ....baca selanjutnya

PROGRAM KELAS SHOPEE BERSAMA PIHAK AKADEMIK UNIT SAINS KOMPUTER KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN

Aktiviti Terkini | 14 Ogos 2020

Pihak Tenaga Pengajar Kolej Matriklukasi Kelantan telah bekerjasama dengan Pusat Internet Kok Lanas dalam mengadakan Program Kelas Shopee kepada Tenaga Pengajar Kolej Matrikulasi Kelantan.....baca selanjutnya

PROGRAM USAHAWAN BERSAMA PUSAT USAHAWAN (IKS) KELANTAN – PUIKS KERJASAMA DENGAN PUSAT INTERNET

Aktiviti Terkini | 9 Ogos 2020

Pihak PUIKS telah bekerjsama dengan pusat internet dalam mengadakan taklimat kepada ahli PUIKS berkenaan cara membuat kertas kerja rancangan perniagaan (RP) kepada ahli PUIKS.....baca selanjutnya

KELAS KEUSAHAWANAN (ONLINE MARKETING - KELAS GOOGLE FORM) BERSAMA USAHAWAN EMPOWER ECER KETEREH DENGAN KERJASAMA TEAM PUSAT INTERNET DIGI

Aktiviti Terkini | 7 Ogos 2020

Pihak Empower ECER Ketereh telah bekerjasama dengan pusat internet untuk mengadakan kelas usahawan berkenaan online marketing (google form) kepada peserta Empower ECER Ketereh....baca selanjutnya

BENGKEL “TEAM DYNAMIC & REFRESHER PROGRAM”

Aktiviti Terkini | 21 & 22 Julai 2020

Bengkel “Team Dynamic & Refresher Program” ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada petugas baru serta petugas lama untuk membina jalinan bekerjasama diantara satu sama lain....baca selanjutnya

KELAS KEUSAHAWANAN (ONLINE MARKETING) BERSAMA USAHAWAN EMPOWER ECER

Aktiviti Terkini | 4 Julai 2020

Program usahawan ini bertujuan adalah untuk memantapkan lagi kemahiran Onlline Marketing usahawan empower ECER Ketereh...baca selanjutnya

PEMBUKAAN SEMULA PUSAT INTERNET DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020

Jumlah maksima pengguna yang dibenarkan berada di PI untuk satu-satu masa adalah tidak melebihi sepuluh (10) orang sahaja....baca selanjutnya

Penutupan Sementara Pi Sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) FASA 4

Aktiviti Terkini |29 April - 12 Mei 2020

Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020....baca selanjutnya

Penutupan Sementara Pi Sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) FASA 2 & FASA 3

Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1

Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020....baca selanjutnya

PROGRAM PERTANDINGAN WORD SEARCH DIGITAL KLIK DENGAN BIJAK DAN MAJLIS KERAIAN PERTUKARAN PENGURUS PI

Aktiviti Terkini | 7 Mac 2020

Sempena cuti sekolah hujung minggu, satu pertandingan word search digital Klik Dengan Bijak (KDB) diadakan bagi mengisi masa lapang Ahli PI Tok Janggut...baca selanjutnya

PROGRAM PERTANDINGAN PUZZLE DIGITAL

Aktiviti Terkini | 14 Februari 2020

Sempena cuti sekolah hujung minggu, satu pertandingan puzzle digital bertemakan sayur-sayuran telah diadakan bagi mengisi masa lapang Ahli PI Tok Janggut....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK TOK JANGGUT

Aktiviti Terkini | 22 Januari 2020

Pelajar didedahkan dengan pelbagai topik seperti online banking, buli siber, sexting,oversharing, game online dan bagaimana cara untuk mengatasi sekiranya mengalami masalah berikut....baca selanjutnya

PROGRAM ONLINE MARKETING

Aktiviti Terkini | 19 Januari 2020

Program usahawan ini bertujuan adalah untuk memantapkan lagi perniagaan para usahawan IKS Pasir Puteh dalam memasarkan produk mereka sama ada dari segi promosi,pengiklanan produk yang lebih menarik,tempat perniagaan agar orang ramai dapat mengetahui lokasi perniagaan masing-masing....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti