INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti
DAERAHPasir Putih
DUNLimbongan
MUKIMNering
PARLIMENPasir Putih
NEGERIKelantan

Rekreasi & Pelancongan

Jeram Pasu adalah merupakah salah satu kawasan rekreasi hutan lipur dan air terjun yang terkenal di Pasir Puteh, Kelantan. Jeram Pasu dihubungi dengan jalan raya bertar dan pengunjung boleh ke sana dengan menaiki perkhidmatan bas awam, kereta persendirian dan teksi. Jeram Pasu terletak kira-kira 8 kilometer dari simpang Kampung Padang Pak Amat, Jalan Pasir Puteh - Kota Bharu.

Restoran Nasi ketereh yang berdekatan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut, merupakan restoran yang popular di kalangan rakyat Pasir Puteh. Makananya adalah sedap dan berkualiti.

Kg. Raja
Buluh Kuning Homestay


Kg. Saring

Tok Imam Homestay

Kemudahan Awam
Masjid Kampung Saring
Klinik Kesihatan Jeram
Taman Bonsai Pasir Puteh
Pendidikan
Sekolah Kebangsaan Kampong Raja
Sekolah Menengah Ugama (A) Nurul Ittifak Kg Nering
Tabika Kemas Sri Pupoh, Kg Saring
Kisah Kejayaan

Nurul Samsila Binti Abdullah
Celik IT

Umur:
18 tahun

Status Belajar:
Lepasan SPM

Keahlian PI1M:
5/4/2016

Kisah Kejayaan:
Latar belakang: Darsawarsa ini, saya inigin memperkenalkan diri saya dahulu, nama saya ialah Nurul Samsila Binti Abdullah dan saya berumur 18 tahun. Selain itu, lepasan SPM, terakhir saya belajar ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram Pasir Puteh Kelantan. Seterusnya, saya tinggal di Kampung Saring Pasir Puteh Kelantan. Di samping itu, saya juga adalah pengguna yang belajar di Pusat Internet Balai Tok Janggut, Kampung Nering. Akhirnya, saya juga dapat belajar apa yang diajarkan di PEDi Tok Janggut, Kampung Nering.

Selain itu, saya ingin menceritakan sedikit sebanyak tentang kejayaan pengguna perkhidmatan PEDi Tok Janggut yang menarik minat saya kerana terdapat banyak perkhidmatan internet yang disediakan. Pembelajaran kelas ICT yang disediakan di PEDi Tok Janggut adalah cara-cara belajar menggunakan komputer, cara belajar mencari bahan rujukan, cara membuat facebook dan e-mail serta lain-lain pembelajaran ICT yang telah dipelajari. Sebelum ini, saya tidak tahu untuk menngunakan akaun facebook, dengan adanya PEDi Tok Janggut, Kampung Nering, saya dapat tahu belajar cara-cara membuat facebook dan e-mail dengan senang. Tuntasnya, dengan adanya, perkhidmatan internet di PEDi Tok Janggut, saya dapat mencari ramai kawan lama di dalam facebook.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum ini, adik Muhd Shahrin merupakan seorang kanak-kanak pendiam dan agak pemalu. Sebelum ini, beliau hanya menghabiskan masa datang ke PEDi Bukit Cermin untuk melayari internet seperti Youtube. Beliau juga kurang berpengetahuan dalam mengendalikan Microsoft Office.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Di samping itu, kejayaan pengguna perkhidmatan PEDi ialah dapat belajar cara-cara membuat kad hari jadi dan dapat membuat tulisan yang bermacam-macam jenis ada di dalam komputer. Selain itu, saya juga dapat membuat kad hari jadi dengan banyak untuk memberi kepada kawan saya. Seterusnya, saya juga dapat belajar berbagai-bagai jenis kad yang terdapat dalam komputer. Di samping itu, reputasi yang diajarkan di PEDi Tok Janggut begitu mapan kerana ajarannya cukup izhar kepada pengguna yang datang ke PEDi Tok Janggut. Kesimpulannya, saya dapat membuat kad dengan mudah dan tidak perlu tulis di atas kertas lagi.

Seterusnya, kejayaan pengguna PEDi Tok Janggut, ialah dapat belajar cara-cara mencari bahan rujukan di dalam internet. Tamsilan, cara isi borang untuk sambung belajar dan bahan-bahan kerja sekolah di dalam internet dengan mudah dan cepat. Seterusnya, saya juga dapat membuat kerja sekolah dengan senang dengan adanya perkhidmatan PEDi. Di samping itu, saya dapat berkongsi bahan rujukan bersama dengan kawan-kawan. Kesimpulannya, kejayaan pengguna perkhidmatan PEDi saya dapat membuat kerja dengan teratur dan kemas dengan adanya internet di PEDi. Justeru itu, kejayaan pengguna perkhidmatan PEDi ialah mengadakan pertandingan melukis dan mewarna menggunakan komputer dengan baik. Seterusnya, saya dapat menggunakan pelbagai bentuk untuk melukis objek atau benda di dalam komputer. Contohnya, bentuk tiga segi, bentuk bulat, bentuk empat segi dan lain-lain. Di samping itu, saya juga dapat tahu tempat melukis dan mewarna di dalam komputer. Terdapat banyak hadiah yang ditawarkan oleh PI1m Tok Janggut untuk memberikan kepada pemenang yang bertanding dalam melukis dan mewarna. Kesimpulannya, saya dapat meraihkan kemenangan kerana saya menang dalam pertandingan melukis dan mewarna.

Apa yang dipelajari melalui PEDi:
Akhir kalam, sudah terang lagi bersuluh kejayaan pengguna perkhidmatan PEDi Tok Janggut, Kampung Nering memanifestasikan kejayaan yang begitu bagus sekali. Selain itu, usaha yang diajarkan sungguh penuh iltizam kepada pengguna. Seterusnya, saya begitu teruja kerana terdapat banyak perkhidmatan internet di PEDi. Kesimpulannya, saya berharap kemajuan perkhidmatan internet di PEDi Tok Janggut, Kampung Nering akan terus berkembang ke peringkat yang lebih tinggi.

Berikut adalah gambar-gambar mengenai Nurul Samsila Binti Abdullah:

Keusahawanan

Rohana Hamzah (Kak Na Saring)
(Produk roti,biskut, kek & Makanan Frozen)
Mula beroperasi lebih kurang bulan 8 tahun 2004 dan di bawah bimbingan RISDA pada tahun 2005
Perniagaan dijalankan menghantar ke kedai di Kelantan dan di luar Kelantan dan jualan dalam online (www.mudah.com.my)

Antara produk-produk yang di jual



Rozita Asyati Bt Pauzi (kg,Kelubi)
Produk :-
1) Jahit & Sulaman Pakaian, Kain Sembahyang dan Name tag
2) Buah Kuih muih tempatan
3) Kiosk Brother Nik’s ( Ayam Gunting)
4) Solekan dan Andaman
Mula berniaga pada bulan 12 tahun 2011
Perniagaan dijalankan dari rumah dan hantar ke kedai-kedai yang berhampiran
Jual secara online
Ayam gunting cawangan Brother Nik’s (Lokasi jualan bersebelahan dengan sekolah chong Hwa Pasir Puteh
Facebook : Rozita Asyati

Antara produk-produk yang di jual



Mohd Zawawi ( Bengkel Perabot Mat Janggut) Kg.Nering
Jenis Produk yang dijalankan ialah alat perabot - membuat tempahan frame pintu rumah, pintu, dan almari kabinet.
Mula beroperasi pada tahun 1993
Tempahan di terima daripada orang kampung sekitar kampung yang berhampiran dan jabatan kerajaan
Antara produk-produk yang di buat