< Pusat Internet 1Malaysia

PERTANDINGAN CARI PERKATAAN TERSEMBUNYI, SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN JAMUAN MAKAN

Aktiviti terkini | 07 Januari 2017

Pertandingan ini diadakan adalah untuk melatih para peserta dalam menguji minda masing-masing dalam mencari perkataan yang telah ditetapkan dalam pertandingan ini. Pertandingan dibahagikan dalam kumpulan dan setiap kumpulan disertai oleh 2 orang peserta.Di samping itu juga bersempenaan dengan bulan Maulidur Rasul, Para Peserta telah didedahkan sedikit ceramah mengenai perjuangan Nabi Muhammad S.A.W serta berselawat Ke atas Nabi.

Para peserta dapat memupuk semangat setiakawan dan kerjasama antara satu sama lain, apabila pertandingan ini dijalankan, yang mana setiap peserta perlu mencari perkataan yang tersenarai di dalam kertas yang telah diberikan kepada setiap kumpulan.Para peserta di beri masa satu jam bagi menyiapkan tugasan mereka, di sinilah perlunya semangat kerjasama antara peserta di dalam kumpulan masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti



kembali ke halaman utama