PROGRAM ADVOKASI KDB & E WASTE

Aktiviti terkini | 03 Mei 2017

Tempat Aktiviti:
Dewan SMK Tok Janggut

Tujuan :

Sempena minggu orientasi Pra-U yang baru mendaftar di SMK Tok Janggut, yang mana pelajar Pra-U adalah lepasan SPM 2016,pihak sekolah ingin memberi ruang kepada PI1M Tok Janggut bagi menyampaikan taklimat KDB kepada para pelajar Pra-U agar berhati-hati dalam menggunakan internet terutamanya di medan laman sosial. Para pelajar mestilah bijak dalam menggunakan medan sosial tersebut. Pelajar didedahkan apa yang tidak pasti, janganlah cepat-cepat untuk dikongsi kepada orang ramai serta kesan apabila menyebarkan maklumat yang tidak pasti.

Kebaikan dan Kelebihan Aktiviti :

Melalui program KDB ini, para pelajar dan guru dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam ceramah KDB dalam menggunakan internet dengan selamat, memandangkan banyak kes-kes jenayah siber yang sedang melanda di alam maya ini. Selain itu, pelajar dapat menjawab soalan kuiz yang disediakan. Soalan kuiz berdasarkan sekitar penggunaan internet dalam seharian.

Perlaksanaan Aktiviti Utama :

Ceramah KDB menggunakan slide dan tayangan video. Program ini juga telah dibantu oleh PI1M Sg Petai,Pi1M Cherang Ruku,Pi1M Kg Baharu,PI1M Tasek Mengkuang & PI1M Felda Tenang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :