PERTANDINGAN MENARA BELON DAN JAMUAN MAKAN

Aktiviti terkini | 28 Julai 2018

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Balai Tok Janggut

Tujuan :
• Bagi mengisi masa lapang para peserta sewaktu musim cuti persekolahan hujung minggu dan atas permintaan ahli-ahli pi1m agar dibuat pertandingan menara belon untuk aktiviti program bulanan julai 2018.
• Dapat melahirkan idea-idea yang kreatif melalui hasil menara belon tersebut.
• Dapat mengukuhkan semangat kerjasama antara peserta di mana 1 kumpulan terdiri daripada 2 orang bagi menyiapkan menara belon yang kreatif dan inovatif.
• Dapat mewujudkan jalinan ikhwah di antara para peserta dengan staf pusat internet tok janggut.
• Para peserta dapat meluahkan idea-idea yang kreatif serta inovatif dalam membina menara menggunakan belon.
• Selepas Pembahagian Hadiah, Jamuan ringan disediakan kepada para peserta bagi tanda memberi sokongan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta kerana sudi menyertai pertandingan menara belon tersebut.

Kelebihan Aktiviti :
Para Peserta dapat mempersembahkan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam membentuk menara belon. Ada di kalangan para peserta dapat membentuk menara belon ala-ala robot dan ini menunjukkan para peserta berbakat dalam meluahkan idea-idea yang kreatif dalam membina menara belon.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :