DIY BEKAS PENSIL MENGGUNAKAN BATANG AISKRIM

Aktiviti terkini | 30 Mac 2019

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Balai Tok Janggut

Tujuan :
Program ini bertujuan adalah sesi elektif pembelajaran melalui youtube iaitu para peserta melihat cara DIY bekas pensil menggunakan Batang Aiskrim. Oleh yang demikian peserta dapat mempersembahkan cara DIY dengan cara kreativiti masing-masing.

Kelebihan Aktiviti :
• Secara tidak langsung, dapat menggalakkan peserta untuk melihat youtube dari segi sudut persepektif pembelajaran sama ada pembelajaran untuk sekolah serta membina minda yang kreatif.
• Peserta akan disediakan semua kelengkapan bagi DIY Bekas Pensil,secara tidak langsung peserta dapat membawa balik bekas pensil masing-masing hasil pembelajaran dengan pusat internet Tok Janggut, Kg Nering.
• Hasil DIY para peserta akan dinilai yang mana dapat menghasilkan kreativiti yang menarik akan mendapat hadiah serta saguhati kepada semua peserta. Ianya bertujuan bagi menggalakkan para peserta menyertai program pembelajaran DIY melalui Youtube bagi membina minda yang kreatif.
• Ianya juga dapat mengeratkan hubungan ukhwah antara peserta dengan staff PI Tok Janggut, Kg Nering.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :