BENGKEL “TEAM DYNAMIC & REFRESHER PROGRAM”

Aktiviti terkini | 21 & 22 Julai 2020

Tempat Aktiviti:
De Rhu Beach Resort, Kuantan

Tujuan :
• Bengkel “Team Dynamic & Refresher Program” ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada petugas baru serta petugas lama untuk membina jalinan bekerjasama diantara satu sama lain.
• Program ini adalah untuk melahirkan petugas yang sentiasa bersemangat dan peka dalam melakukan kerja serta tugas yang diberi.
• Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan petugas Pusat Internet supaya beretika dan prihatin di antara satu sama lain.
• Ianya juga dapat mengeratkan hubungan komuniti antara Pusat Internet Kelantan, Pusat InternetTerengganu dan Pusat Internet Pahang. Ini kerana, merupakan program ini banyak melakukan aktiviti berkumpulan dan semangat bekerjasama di tempat kerja.

Kelebihan Aktiviti :
• Petugas dapat mempelajari pelbagai ilmu baharu yang dapat diterapkan dalam kehidupan seharian serta kehidupan bekerja.
• Petugas Pusat Internet dapat pendedahan untuk membentuk, memupuk semangat satu pasukan yang baik dalam melakukan kerja serta dapat menjalinkan hubungan di antara komuniti Pusat Internet di pantai timur.
• Program ini, turut disertai oleh Pusat Internet di pantai timur iaitu Pusat Internet Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :