PROGRAM PERTANDINGAN WORD SEARCH DIGITAL KLIK DENGAN BIJAK DAN MAJLIS KERAIAN PERTUKARAN PENGURUS PI

Aktiviti terkini | 7 Mac 2020

Tempat Aktiviti:
Cyber Hall PI Tok Janggut

Tujuan :
• Sempena cuti sekolah hujung minggu, satu pertandingan word search digital Klik Dengan Bijak (KDB) diadakan bagi mengisi masa lapang Ahli PI Tok Janggut.
• Ianya juga dapat menguji minda para peserta dalam mencari perkataan-perkataan klik dengan bijak yang telah ditetapkan secara digital.
• Pertandingan ini diadakan dalam bentuk kumpulan yang mana 1 pasukan terdiri daripada 3 orang, dengan secara tidak langsung dapat memupuk semangat setiakawan dan kerjasama antara satu sama lain dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.
• Sempena pertukaran Pengurus PI PI Tok Janggut dan pengenalan Penolong Pengurus yang baru. Jamuan makan tengahari diadakan bagi mengeratkan silatturahim antara staf pusat internet dengan ahli pusat PI Tok Janggut.

Kelebihan Aktiviti :
• Menggalakkan para pelajar berkerjasama dalam menyiapkan tugasan berkumpulan serta celik teknologi dari terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang boleh memudaratkan kepada ahli –ahli pusat internet.
• Mendidik minda Ahli Pusat Internet supaya berfikiran kreatif dan menghargai kemudahan IT yang disediakan di Pusat Internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :