KELAS ASAS BERNIAGA DI SHOPEE

Aktiviti terkini |26 Mac 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Tok Janggut, Kg. Nering

Ringkasan Aktiviti :

• Pada 26 Mac 2022, PEDi Tok Janggut, Kg. Nering telah mengadakan satu Kelas Asas Shopee untuk 4 orang usahawan sekitar PEDi.
• Tujuan kelas ini adalah untuk membantu dan membimbing para usahawan tempatan dalam mengembangkan lagi perniagaan dan beralih kepada platform eDagang seperti Shopee.
• Kelas hari ini dihadiri oleh 4 orang peserta yang terdiri daripada usahawan yang berminat untuk membuka kedai dan menjual di Shopee.
• Program ini hasil kerjasama PEDi Kok Lanas, Sg. Petai, Cherang Ruku & Kg. Baharu.

Tujuan :

• Membantu Usahawan Mempelajari Shopee Sebagai Platform eDagang Baru Dalam Memasarkan Produk-Produk Dan Meningkatkan Pendapatan Usahawan.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Membuka Kedai Di Platform Edagang - Shopee
• Memuatnaik Produk-Produk Untuk Memulakan Jualan.
• Mempelajari Strategi Untuk Mendapat Jualan Yang Tinggi

Kelebihan Aktiviti :
• Membantu komuniti usahawan setempat berniaga secara online untuk meningkatkan pendapatan.
• Memudahkan urusan perniagaan dan penghantaran seterusnya menjana ekonomi setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :