Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Nering merupakan sebuah kampung tradisi Kelantan yang terletak di dalam jajahan Pasir Puteh, Kelantan. Kampung ini berdekatan dengan Kampung Jeram, Saring,

Kampung ini merupakan kampung yang berkaitan dengan sejarah Tok Janggut. Di kampung nering inilah berlaku pertempuran diantara Tok Janggut dengan tentera upahan inggeris (Gurkha). Orang yang pertama meninggal adalah pada 24 Feb 1915. Kuburnya tidak bernama, namun ahli keluarga terdekat mengenali kuburnya melalui tanda diatas pangsa yang bertanda 24 Feb 1915. Allahyaham telah dibunuh oleh tentera upahan ini di pokok merbol yang kini masih lagi hidup dengan segar di depan madrasah merbol. Di tanah tersebut (Merbol) atau dikenali dengan panggilan Tok Akib pada suatu masa dulu pernah ditemui keris serta juga lembing. Pertempuran Tok Janggut tidak berlaku di sini tetapi di Kg Pintu Pupuh dan 2 pokok kelapa tempat berlaku pertempuran tersebut adalah tanda 2 rakan seperjuangan yang meninggal semasa belaku pertempuran tersebut.

Sejajar dengan sejarah Tok Janggut, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan memberi pengiktirafan terhadap warisan perjuangan pahlawan Kelantan, Tok Janggut, dengan akan mewujudkan sebuah galeri atau memorial di Dataran Tok Janggut, Kampung Nering. Ianyanya merupakan langkah bagi memperingati perjuangan pahlawan tersebut yang nama sebenarnya Haji Hassan Panglima Mat Munas, menentang penjajah British di negeri ini pada 1915. Selain itu juga bagi menghargai masyarakat kampung ini, kementerian mengumumkan penubuhan Pusat Internet 1Malaysia masing-masing di Kampung Nering dan Semerak, untuk kemudahan penduduk di kampung berkenaan.

Pusat Internet 1 Malaysia dibuka di Kampung Nering bagi membantu orang kampung agar celik IT(teknologi maklumat). Pusat Internet 1 Malaysia Balai Tok Janggut, Pasir Puteh diberi nama sempena nama tokoh bersejarah negeri Kelantan iaitu Pahlawan Tok Janggut.

PI1M Balai Tok Janggut ditubuhkan sempena kedatangan Menteri Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr.Rais Yatim, ke Kampung Nering pada 25hb Mac 2013 untuk merasmikan Program Jelajah Budaya Jajahan Pasir Puteh Di Dataran Tok Janggut, Kampung Nering.

Balai Tok Janggut ditubuhkan oleh pemilik bangunan yakni Dato’ Hj Suhaimi Bin Hj Yacob anak jati kampung Nering bersempena dengan kepahlawanan Tok Janggut menentang tentera British, di mana di kawasan sekitar ini berlakunya pertempuran antara Tok Janggut dan pengikutnya dengan Tentera British (Gurkha).



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022


PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

Aktiviti Terkini | 01 - 31 Disember 2015

Program Khidmat Masyarakat melalui pengisian kemas kini borang BRIM 2016 bagi membantu orang kampung dalam mengemas kini BRIM. Memandangkan kebanyakan penduduk kampung sekitar PI1M Tok Janggut, iaitu Kg.Nering,Kg.Saring, Pintu Pupoh,Kg.Raja,Kg.Chengal Batu, Kelubi agak terlalu jauh untuk mengemas kini borang BRIM 2016 secara manual. Justeru itu, PI1M Tok Janggut telah mengambil langkah untuk menawarkan program pengisian kemas kini BRIM 2016 secara online.Program khidmat masyarakat ini,mendapat sokongan oleh JKKK Kg.Nering dan JKKK kampung yang berhampiran dengan PI1M Tok Janggut.Melalui Program ini, ianya juga dapat mengeratkan lagi semangat kerjasama antara petugas-petugas PI1M dengan orang kampung. Melalui Program Pengisian kemas kini BRIM 2016 secara online yang dikemaskini oleh para petugas PI1M Tok Janggut, ianya juga dapat mempromosikan PI1M Tok Janggut kepada orang ramai. Ada sebahagian penduduk kampung yang tidak mengetahui fungsi Pi1M kepada orang ramai, setelah mereka datang ke PI1M tok Janggut bagi urusan kemas kini BRIM, secara tidak langsung penduduk kampung akan mengetahui lebih lanjut lagi mengenai kewujudan PI1M di tempat mereka. Para petugas PI1M Tok Janggut akan bagi penerangan dengan jelas mengenai PI1M ini.

JAWAB SOALAN KUIZ PI1M

Aktiviti Terkini | 28 November 2015

Pertandingan kuiz ini diadakan adalah untuk menguji minda para peserta agar dapat menyiapkan menjawab soalan kuiz dalam masa yang secepat mungkin. Pertandingan ini juga diadakan agar dapat mengetahui sama ada para peserta mengambil tahu mengenai persekitaran dalam PI1M Tok Janggut. Ini kerana soalan kuiz berdasarkan maklumat yang terdapat dalam PI1M Tok Janggut. Hasil daripada jawapan yang diberikan oleh para peserta,secara kesimpulannya para peserta begitu prihatin dengan persekitaran dalam Pi1M Tok Janggut. Melalui pertandingan ini, para peserta dapat bekerjasama antara satu sam lain serta dapat mengeratkkan hubungan tali persaudaraan yang ukhwah.

HARI TERBUKA PI1M TOK JANGGUT

Aktiviti Terkini | 23 Oktober 2015

Untuk merapatkan hubungan antara PI1M dengan JKKK dan AJK JKKK serta orang kampung di sekitar yang berhampiran dengan PI1M Tok Janggut, Kampung Nering dan dapat mempromosikan PI1M kepada orang ramai serta dapat mencari ahli baru PI1M di kalangan penduduk sekitar. Peserta adalah dari kalangan semua Penduduk Kampung sekitar PI1M Tok Janggut (Kg.Nering,Kg.Raja,Wakaf Bunut,Kg.Saring,Kg.Chengal Batu, Kg,Pintu Pupoh). Pendaftaran Ahli Baru, yang mana semasa Open Day hari tersebut, seramai 7 orang telah mendaftar menjadi ahli baru PI1M Tok Janggut yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Hadiah kepada semua pemenang di sampaikan oleh En.Zamry Yacob (JKKK Kg Nering).

KLIK DENGAN BIJAK (KDB)

Aktiviti Terkini | 05 Oktober 2015

Program ini diadakan di Sekolah Kebangsaan Seri Aman, Pasir Puteh, Kelantan. Program KDB ini untuk memberi pendedahan kepada pelajar bahawa kepentingan menggunakan internet secara selamat dan bijak. Memandangkan pada masa sekarang zaman teknologi IT dan semua maklumat di hujung jari sahaja, oleh itu program ini dapat memberi info dan ilmu kepada pelajar serta guru-guru untuk menggunakan internet dengan selamat, yang mana terdapat banyah jenayah siber di masa ini. Melalui program ini pelajar dapat mengelakkan daripada jenayah siber seperti buli siber, fitnah online ataupun sebagainya.

KLIK DENGAN BIJAK (KDB)

Aktiviti Terkini | 29 September 2015

Program KDB ini untuk memberi pendedahan kepada pelajar bahawa kepentingan menggunakan internet secara selamat dan bijak. Memandangkan pada masa sekarang zaman teknologi IT dan semua maklumat di hujung jari sahaja, oleh itu program ini dapat memberi info dan ilmu kepada pelajar serta guru-guru untuk menggunakan internet dengan selamat, yang mana terdapat banyah jenayah siber di masa ini. Melalui program ini pelajar dapat mengelakkan daripada jenayah siber seperti buli siber, fitnah online ataupun sebagainya.

KREATIVITI MELUKIS BENDERA MALAYSIA DI ATAS KAIN COTTON & KDB

Aktiviti Terkini | 25 Ogos 2015

Sempena Menyambut Kemerdekaan Yang Ke 58, PI1M Tok Janggut telah melaksanakan program Sehati Sejiwa Merdaka 2015 bagi memupuk semangat patriotik di kalangan ahli PI1M dan Masyarakat setempat. Aktiviti melukis bendera Malaysia di atas kain cotton dengan cara kreativiti para peserta telah menghasilkan lukisan bendera Malaysia dengan pelbagai corak dan kreatif. Para peserta di bahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan telah di beri satu lukisan yang berbeza bagi menghasilkan pelbagai kreativiti untuk melukis bendera di atas kain cotton tersebut. Dengan secara tidak lansung ianya dapat memupuk semangat setiakawan dan semangat patriotisme di kalangan peserta apabila diberi tugas untuk menyiapkan lukisan kumpulan masing-masing.

Pertandingan Teka Silang Kata, Klik Dengan Bijak (KDB) Dan Majlis Hari Raya Aidilfitri 2015

Aktiviti Terkini | 31 Julai 2015

Pertandingan ini adalah untuk menguji minda para peserta dalam mencari jawapan soalan teka silang kata dan mengukuhkan lagi kemahiran Bahasa melayu para peserta. Peserta juga dapat mengeratkan hubungan antara rakan-rakan yang lain serta dengan petugas PI1M...baca selanjutnya

Pertandingan Mewarna Tabika Kemas Sri Pupoh, Dalam Pupoh Pasir Kelantan

Aktiviti Terkini | 17 Jun 2015

Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak Tabika Kemas Sri Pupoh, Dalam Pupoh Pasir Puteh Kelantan untuk mencungkil bakat kanak-kanak tabika dalam mewarna yang paling kreatif...baca selanjutnya

Pertandingan Melukis (Paint) – Tema Bebas

Aktiviti Terkini | 30 Mei 2015

Untuk mencungkil bakat melukis di kalangan peserta dalam melukis menggunakan komputer bagi mempersembahkan lukisan mereka yang kreatif dan menarik apabila menggunakan menggunakan aplikasi komputer untuk melukis...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Aktiviti Terkini | 28 - 29 April 2015

Sempena Minggu ICT di sekolah SMK Padang Pak Amat, pihak sekolah telah menjemput PI1M Tok Janggut untuk memberi ceramah Klik Dengan Bijak (KDB). KDB ini dijalankan adalah untuk memberitahu kepada pelajar dan guru-guru cara menggunakan internet dengan betul dan selamat secara bijak.Melalui program KDB ini, para pelajar dan guru dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam ceramah KDB dalam menggunakan internet dengan selamat, memandangkan banyak kes-kes jenayah siber yang sedang melanda di alam maya ini. Selain itu, pelajar dapat menjawab soalan kuiz yang disediakan. Soalan kuiz berdasarkan sekitar penggunaan internet dalam seharian.

Pertandingan Jigzaw Puzzle Online

Aktiviti Terkini | 27 Mac 2015

Pertandingan ini diadakan adalah untuk menguji minda setiap peserta dalam menyiapkan puzzle dalam menjadi seperti di gambar rajah yang asal, yang mana setiap peserta mestilah mencantumkan setiap gambarajah seperti gambarajah asal. Pertandingan ini dilakukan dalam komputer dan peserta terdiri 2 orang setiap kumpulan dan peserta perlu menyiapkan puzzle dalam masa satu jam setengah...baca selanjutnya

Pertandingan WORDSEARCH

Aktiviti Terkini | 28 Februari 2015

Pertandingan ini diadakan adalah untuk melatih para peserta dalam menguji minda masing-masing dalam mencari perkataan yang telah ditetapkan dalam pertandingan ini. Pertandingan dibahagikan dalam kumpulan dan setiap kumpulan disertai oleh 2 orang peserta dan disertai sebanyak 14 kumpulan semuanya. Kebanyakan para peserta yang dalam kumpulan adalah terdiiri daripada adik beradik, saudara mara, dan sahabat handai, ini akan lebih mengeratkan tali persaudaraan diantara sesama peserta. Dengan adanya pertandingan ini, mereka akan lebih banyak berinterkasi dan berkomunikasi dengan lebih baik lagi. Para peserta juga dapat memupuk semangat setiakawan dan kerjasama antara satu sama lain, apabila pertandingan ini dijalankan, yang mana setiap peserta perlu mencari perkataan yang tersenarai di dalam kertas yang telah diberikan kepada setiap kumpulan.Para peserta di beri masa satu jam bagi menyiapkan tugasan mereka, di sinilah perlunya semangat kerjasama antara peserta di dalam kumpulan masing-masing...baca selanjutnya.

Pertandingan game online dan Majlis berselawat

Aktiviti Terkini | 31 Januari 2015

Program Pertandingan Game Online telah diadakan kepada Pengguna PI1M dikalangan pelajar sekolah rendah dan Sekolah Menengah. Bagi menguji minda para peserta untuk menyelesaikan dan menyiapkan permainan ini ke tahap level yang paling tinggi. Berselawat pula bagi merapatkan perhubungan antara staf PI1M dengan para pengguna PI1M Tok Janggut. Para peserta dapat menguji minda mereka dalam menyiapkan tahap level yang paling tinggi bagi permainan game online plant vs zombie ini tanpa bantuan dari rakan-rakan yang lain.Para peserta pertandingan dapat mengenali sesama antara mereka dengan lebih rapat lagi. Dalam berselawat pula telah dihadiri lebih kurang 40 orang dan selepas berselawat sedikit jamuan telah diadakan di PI1M Tok Janggut...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti