Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Nering merupakan sebuah kampung tradisi Kelantan yang terletak di dalam jajahan Pasir Puteh, Kelantan. Kampung ini berdekatan dengan Kampung Jeram, Saring,

Kampung ini merupakan kampung yang berkaitan dengan sejarah Tok Janggut. Di kampung nering inilah berlaku pertempuran diantara Tok Janggut dengan tentera upahan inggeris (Gurkha). Orang yang pertama meninggal adalah pada 24 Feb 1915. Kuburnya tidak bernama, namun ahli keluarga terdekat mengenali kuburnya melalui tanda diatas pangsa yang bertanda 24 Feb 1915. Allahyaham telah dibunuh oleh tentera upahan ini di pokok merbol yang kini masih lagi hidup dengan segar di depan madrasah merbol. Di tanah tersebut (Merbol) atau dikenali dengan panggilan Tok Akib pada suatu masa dulu pernah ditemui keris serta juga lembing. Pertempuran Tok Janggut tidak berlaku di sini tetapi di Kg Pintu Pupuh dan 2 pokok kelapa tempat berlaku pertempuran tersebut adalah tanda 2 rakan seperjuangan yang meninggal semasa belaku pertempuran tersebut.

Sejajar dengan sejarah Tok Janggut, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan memberi pengiktirafan terhadap warisan perjuangan pahlawan Kelantan, Tok Janggut, dengan akan mewujudkan sebuah galeri atau memorial di Dataran Tok Janggut, Kampung Nering. Ianyanya merupakan langkah bagi memperingati perjuangan pahlawan tersebut yang nama sebenarnya Haji Hassan Panglima Mat Munas, menentang penjajah British di negeri ini pada 1915. Selain itu juga bagi menghargai masyarakat kampung ini, kementerian mengumumkan penubuhan Pusat Internet 1Malaysia masing-masing di Kampung Nering dan Semerak, untuk kemudahan penduduk di kampung berkenaan.

Pusat Internet 1 Malaysia dibuka di Kampung Nering bagi membantu orang kampung agar celik IT(teknologi maklumat). Pusat Internet 1 Malaysia Balai Tok Janggut, Pasir Puteh diberi nama sempena nama tokoh bersejarah negeri Kelantan iaitu Pahlawan Tok Janggut.

PI1M Balai Tok Janggut ditubuhkan sempena kedatangan Menteri Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr.Rais Yatim, ke Kampung Nering pada 25hb Mac 2013 untuk merasmikan Program Jelajah Budaya Jajahan Pasir Puteh Di Dataran Tok Janggut, Kampung Nering.

Balai Tok Janggut ditubuhkan oleh pemilik bangunan yakni Dato’ Hj Suhaimi Bin Hj Yacob anak jati kampung Nering bersempena dengan kepahlawanan Tok Janggut menentang tentera British, di mana di kawasan sekitar ini berlakunya pertempuran antara Tok Janggut dan pengikutnya dengan Tentera British (Gurkha).



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022


PROGRAM KEUSAHAWANAN BINA KEDAI ONLINE SHOPEE

Aktiviti Terkini | 12 & 26 Disember 2018

Program ini merupakan salah satu insiatif pihak Pusat Internet bagi memberi peluang kepada para usahawan untuk memasarkan produk mereka di platform beli belah Shopee...baca selanjutnya

PROGRAM KEUSAHAWANAN (SHOPEE & E-REZEKI)

Aktiviti Terkini | 24 November 2018

Program ini adalah untuk melahirkan para usahawan dapat mengiklankan produk yang dijual oleh mereka dalam website shoppe.secara tidak langsung dapat menambahkan pendapatan para usahawan kecil....baca selanjutnya

PROGRAM GERAK JJ (JARINGAN & JALINAN) KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 08 November 2018

Program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan secara umumnya mengenai Program Advokasi kepada warga sekolah dan pelajar sekolah. Berikutan teknologi yang pesat dan kian membangun seiring dengan peranti yang semakin canggih,pendedahan kepada dunia internet kian meluas. Penekanan dan kesedaran yang perlu dipupuk bagi melahirkan generasi cemerlang dalam menjadi pengguna internet yang lebih bijak dan beretika. Program KDB yang menekankan 3 ciri utama iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang sangat penting untuk menjaga etika dalam dunia siber....baca selanjutnya

BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018

Aktiviti Terkini | 25 - 26 Oktober 2018

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK PASIR PUTEH

Aktiviti Terkini | 24 Oktober 2018

Program ini adalah untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet) dan dapat mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain....baca selanjutnya

TAUTAN KASIH BERSAMA ANAK YATIM DI RUMAH KEBAJIKAN ANAK YATIM DAN DHUAFA' AL-QAMARIAH

Aktiviti Terkini | 29 September 2018

Tujuan program ini dijalankan bagi meraikan anak-anak yatim di rumah kebajiakan, dengan mengadakan pelbagai aktiviti dan kuiz kepada mereka, bagi meningkatkan lagi semangat kerjasama antara mereka, dan memupuk minat mereka untuk berjaya dalam pelajaran dan kehidupan akan datang....baca selanjutnya

PROGRAM LATIHAN USAHAWAN SPA (HOME FACIAL)

Aktiviti Terkini | 08 September 2018

Program ini diadakan untuk menarik minat masyarakat di kampung khususnya bagi menceburi bidang spa....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA HARI KEMERDEKAAN DI SK KG RAJA

Aktiviti Terkini | 30 Ogos 2018

Pertandingan ini dapat menonjolkan bakat kemahiran mewarna yang kreatif dan menarik yang ada dalam diri pelajar tersebut dan dapat mengeratkan hubungan ukhwah antara petugas Pusat Internet Tok Janggut dengan pihak sekolah....baca selanjutnya

LATIHAN ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN & PENGGUNAAN PEMADAM API DI PERKARANGAN PUSAT INTERNET KOK LANAS

Aktiviti Terkini | 05 Ogos 2018

Program ini dijalankan untuk menambahkan kemahiran dan pengetahuan cara penggunaan alat pemadam api dengan betul. Latihan asas ini sangat penting untuk pengetahuan petugas PI sekiranya berlaku sebarang kebaran yang berlaku di PI masing-masing. ...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MENARA BELON DAN JAMUAN MAKAN

Aktiviti Terkini | 28 Julai 2018

Para Peserta dapat mempersembahkan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam membentuk menara belon. Ada di kalangan para peserta dapat membentuk menara belon ala-ala robot dan ini menunjukkan para peserta berbakat dalam meluahkan idea-idea yang kreatif dalam membina menara belon....baca selanjutnya

SEMINAR USAHAWAN ONLINE KEPADA PELAJAR KOLEJ VOKASIOANAL (KV) PASIR PUTEH

Aktiviti Terkini | 25 Julai 2018

Para Pelajar telah didedahkan mengenai teknik yang sistematik untuk menjadi seorang usahawan online, yang mana bertetapan dengan pelajar KV Pasir Puteh yang mengikuti kursus perakaunan dan kursus operasi pengeluaran tanaman. Para pelajar telah didedahkan dengan peringkat permulaan untuk berkecimpung dalam usahawan secara online yang berjaya dan sistematik....baca selanjutnya

TEROKAI ILMU PERNIAGAAN DIGITAL BERSAMA EUSAHAWAN MDEC

Aktiviti Terkini | 21 Julai 2018

Program eUsahawan anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) yang bertujuan memberi latihan keusahawanan digital secara PERCUMA kepada usahawan mikro....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MELUKIS (TEMA HARI RAYA) & JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2018

Aktiviti Terkini | 30 Jun 2018

Di samping sempena Bulan Syawal,Sambutan Hari Raya Aidilfitri PI Tok Janggut 2018 juga di adakan selepas pertandingan melukis tersebut. Secara tidak langsung PI Tok Janggut dapat menyambut hari raya aidilfitri bersama dengan ahli PI Tok Janggut dan komuniti setempat....baca selanjutnya

TADARUS AL QURAN & TAZKIRAH RAMADHAN

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2018

Sempena Bulan Ramadhan, PI Tok Janggut telah memnganjurkan program kepada ahli-ahli PI Tok Janggut Tadarus Al-Quran dan Tazkirah ramadhan bagi mengisi masa lapang cuti persekolahan yang panjang.Ianya juga dapat memupuk semangat kesedaran kepada para peserta bahawa betapa mulianya bulan Ramadhan dan banyak amalan-amalan yang boleh dimanfaatkan sempena bulan Ramdhan tersebut.selain itu juga,dapat mengukuhkan hubungan ikwah antara para peserta serta staf PI Tok Janggut apabila program ini dijalankan bersama-sama.....baca selanjutnya

SEMINAR KEUSAHAWAN STUDENT MSU COLLEGE CAWANGAN KOTA BHARU

Aktiviti Terkini | 09 Jun 2018

Seminar ini dapat memberi pendedahan kepada para pelajar MSU College mengenai berniaga secara online atau pelajar yang ingin memulakan perniagaan secara manual mahupun secara online.Para pelajar telah didedahkan mengenai ilmu usahawan dan untuk menjadi seorang usahawan secara online yang berjaya. Di samping itu juga, seminar usahawan ini adalah salah satu aktiviti student msu college untuk mendapat input atau info-info yang bermanfaat mengenai usahawan atau berniaga secara online....baca selanjutnya

PROGRAM PEMBAHAGIAN SIMKAD DIGI BAWAH PROJEK MYAGRO

Aktiviti Terkini | 21 Mei 2018

Pembahagian Simkad ini kepada ahli PPK yang berdaftar dan masih aktif lagi keahlian. Di mana program ini adalah kerjasama antara DIGI,Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Ingeniworks yang membuat program aplikasi Digi telah memberikan simpack percuma kepada ahli PPK tiga daerah pasir puteh yang diberi nama M-Agri Prepaid Live untuk memudahkan pihak mereka untuk menggunakan aplikasi tersebut....baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M BALAI TOK JANGGUT

Aktiviti Terkini | 05 Mei 2018

Untuk merapatkan hubungan ikhwah antara PI1M dengan JKKK dan AJK JKKK serta masyarakat komuniti di sekitar yang berhampiran dengan PI1M Tok Janggut, Kampung Nering dan dapat mempromosikan PI1M kepada orang ramai serta dapat mencari ahli baru PI1M di kalangan penduduk sekitar. Di samping itu juga, booth pemeriksaan kesihatan secara percuma juga telah diadakan semasa program open day dijalankan yang mana pihak klinik kesihatan Jeram,Pasir Puteh yang memberikan perkhidmtan pemeriksaan secara percuma kepada komuniti yang datang....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK KAMIL

Aktiviti Terkini | 24 April 2018

Program ini adalah untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet) dan mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain...baca selanjutnya

PROGRAM NEGARAKU : MENGHUBUNG MENYATU DI SK TUALANG TINGGI

Aktiviti Terkini | 21 April 2018

Gabungan pihak MCMC dengan Kluster Pasir Puteh telah mengadakan pameran advokasi Klik Dengan Bijak melalui pelbagai aktiviti di booth pameran Program Negaraku....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI KARNIVAL FARMASI BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 09 - 10 Mac 2018

Jabatan Farmasi Kelantan telah bekerjasama dengan JKKKP Jabatan Farmasi Negeri Kelantan untuk mengadakan program tersebut. Program ini diadakan untuk mengeratkan hubungan jabatan farmasi dengan masyarakt setempat....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI FIESTA AKOK BERSAMA MCMC

Aktiviti Terkini | 09 - 10 Februari 2018

Program ini disertai oleh ribuan pengunjung ke program tersebut yang melibatkan VIP Dato Khairi Jamaludin, Dato Asyraf Wajdi, Dato Hj Zawawi dan VIP yang lain....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK KG BAHARU

Aktiviti Terkini | 04 Februari 2018

Program ini adalah untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet) dan mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain...baca selanjutnya

BENGKEL PENGENALAN PROJEK AGRICULTURE FLAGSHIP

Aktiviti Terkini | 14 Januari 2018

Bengkel Pengenalan Projek Agriculture Flagship (AgH) – Fasa 1& Pelaksanaan Aplikasi Mudah Alih m@MYAgro Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani ini lebih kepada satu pengenalan kepada projek baharu pihak MARDI Malaysia dengan kerjasama KADA, RISDA dan lain lain agensi sector pertanian dan perikanan Malaysia yang dikenali sebagai Projek Agriculture Flagship (AGH) Fasa 1. Pihak Digi iaitu Encik Roslan turut mengambil bahagian pada akhir sesi bagi menerangkan tentang simkad Digi edisi khas bagi para pekerja yang terlibat dengan pembangunan projek ini, yang mana simkad ini turut akan dibekalkan kepada pertai dan usahawan sektor pertanian dan perikanan di Malaysia...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI MSU COLLEGE KOTA BHARU

Aktiviti Terkini | 02 Januari 2018

Program Advokasi ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan pelajar-pelajar IPTS mengenai Program Klik Dengan Bijak dengan lebih dekat lagi dan untuk mengeratkan hubungan pihak MSU dengan Pusat Internet 1Malaysia....baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti