Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Nering merupakan sebuah kampung tradisi Kelantan yang terletak di dalam jajahan Pasir Puteh, Kelantan. Kampung ini berdekatan dengan Kampung Jeram, Saring,

Kampung ini merupakan kampung yang berkaitan dengan sejarah Tok Janggut. Di kampung nering inilah berlaku pertempuran diantara Tok Janggut dengan tentera upahan inggeris (Gurkha). Orang yang pertama meninggal adalah pada 24 Feb 1915. Kuburnya tidak bernama, namun ahli keluarga terdekat mengenali kuburnya melalui tanda diatas pangsa yang bertanda 24 Feb 1915. Allahyaham telah dibunuh oleh tentera upahan ini di pokok merbol yang kini masih lagi hidup dengan segar di depan madrasah merbol. Di tanah tersebut (Merbol) atau dikenali dengan panggilan Tok Akib pada suatu masa dulu pernah ditemui keris serta juga lembing. Pertempuran Tok Janggut tidak berlaku di sini tetapi di Kg Pintu Pupuh dan 2 pokok kelapa tempat berlaku pertempuran tersebut adalah tanda 2 rakan seperjuangan yang meninggal semasa belaku pertempuran tersebut.

Sejajar dengan sejarah Tok Janggut, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan memberi pengiktirafan terhadap warisan perjuangan pahlawan Kelantan, Tok Janggut, dengan akan mewujudkan sebuah galeri atau memorial di Dataran Tok Janggut, Kampung Nering. Ianyanya merupakan langkah bagi memperingati perjuangan pahlawan tersebut yang nama sebenarnya Haji Hassan Panglima Mat Munas, menentang penjajah British di negeri ini pada 1915. Selain itu juga bagi menghargai masyarakat kampung ini, kementerian mengumumkan penubuhan Pusat Internet 1Malaysia masing-masing di Kampung Nering dan Semerak, untuk kemudahan penduduk di kampung berkenaan.

Pusat Internet 1 Malaysia dibuka di Kampung Nering bagi membantu orang kampung agar celik IT(teknologi maklumat). Pusat Internet 1 Malaysia Balai Tok Janggut, Pasir Puteh diberi nama sempena nama tokoh bersejarah negeri Kelantan iaitu Pahlawan Tok Janggut.

PI1M Balai Tok Janggut ditubuhkan sempena kedatangan Menteri Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr.Rais Yatim, ke Kampung Nering pada 25hb Mac 2013 untuk merasmikan Program Jelajah Budaya Jajahan Pasir Puteh Di Dataran Tok Janggut, Kampung Nering.

Balai Tok Janggut ditubuhkan oleh pemilik bangunan yakni Dato’ Hj Suhaimi Bin Hj Yacob anak jati kampung Nering bersempena dengan kepahlawanan Tok Janggut menentang tentera British, di mana di kawasan sekitar ini berlakunya pertempuran antara Tok Janggut dan pengikutnya dengan Tentera British (Gurkha).



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022


PROGRAM KAUNTER BERGERAK SSM : SKIM PENDAFTARAN PERNIAGAAN PRIHATIN (SPPP) B40, PELAJAR IPT SECARA PERCUMA

Aktiviti Terkini | 13 Disember 2021

Pembukaan Kaunter Bergerak bersama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Kelantan dengan kerjasama PEDi Pasir Puteh ( PEDi Tok Janggut, PEDi Sungai Petai & PEDi Cherang Ruku). Kaunter bergerak ini yang anjurkan oleh Pihak SSM bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan usahawan B40 yang menerima bantuan BPR/BPN & pelajar IPTA/IPTS yang layak. untuk membuka lesen perniagaan secara percuma. Selain itu juga, Pihak SSM memberi peluang kepada komuniti di sekitar PEDi untuk membuat sebarang urusan yang berkaitan dengan pihak SSM. Dihadiri oleh pegawai SSM yang bertugas : En. Mohd Khairul Izzat Bin Kamaruzaman dan En. Muhd Afnan Bin Sanusi....baca selanjutnya

SLOT PENGISIAN ICT (E-LEARNING) PANDUAN MEMBAYAR SAMAN PDRM MELALUI KAUNTER ATM MAYBANK

Aktiviti Terkini | 23 Disember 2021

Perkongsian Ini Disiarkan Video Ict Melalui “Facebook Page” PIK Tok Janggut, Kg. Nering di mana pihak PIK berkongsi berkenaan panduan membayar saman PDRM melalui kaunter ATM Maybank....baca selanjutnya

SLOT PENGISIAN ICT (E-LEARNING) CARA MUDAH MENYEDIAKAN CARTA ORGANISASI MENGGUNAKAN POWERPOINT

Aktiviti Terkini | 14 Disember 2021

Perkongsian Ini Disiarkan Video Ict Melalui “Facebook Page” PIK Tok Janggut, Kg. Nering di mana pihak PIK berkongsi berkenaan cara mudah menyediakan carta organisasi menggunakan PowerPoint....baca selanjutnya

SLOT PENGISIAN ICT (E-LEARNING) INFO PERANTI KELUARGA MALAYSIA DENGAN DIGI POSTPAID 40 – TELEFON PINTAR 4G PERCUMA

Aktiviti Terkini | 10 November 2021

Perkongsian Ini Disiarkan Video Ict Melalui “Facebook Page” PIK Tok Janggut, Kg. Nering di mana pihak PIK berkongsi berkenaan Info Peranti Keluarga Malaysia Dengan Digi Postpaid 40 – Telefon Pintar 4G Percuma....baca selanjutnya

SLOT PENGISIAN ICT (E-LEARNING) TIPS MEMULAKAN PERNIAGAAN

Aktiviti Terkini | 8 November 2021

Perkongsian Ini Disiarkan Video Ict Melalui “Facebook Page” PIK Tok Janggut, Kg. Nering di mana pihak PIK berkongsi berkenaan tips memulakan perniagaan....baca selanjutnya

SLOT PENGISIAN ICT (E-LEARNING) TUTORIAL MEMBAYAR PARKING MENGGUNAKAN TOUCH N GO

Aktiviti Terkini | 5 Oktober 2021

Perkongsian Ini Disiarkan Video Ict Melalui “Facebook Page” PIK Tok Janggut, Kg. Nering di mana pihak PIK berkongsi berkenaan cara-cara membuat pembayaran parking menggunakan aplikasi Touch N Go....baca selanjutnya

SLOT PENGISIAN ICT (E-LEARNING) CARA – CARA MENDAFTAR KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN BERSAMA MARA

Aktiviti Terkini | 12 September 2021

Perkongsian ini disiarkan melalui VIDEO ICT melalui “Facebook Page” PIK Tok Janggut, Kg. Nering di mana pihak PIK berkongsi berkenaan Cara – Cara Mendaftar Kursus Pengendalian Makanan Bersama MARA Negeri Kelantan melalui Video Online yang boleh dipraktikkan oleh usahawan setempat....baca selanjutnya

SLOT PENGISIAN ICT (E-LEARNING) TUTORIAL MENGGUNAKAN MICROSOFT EXCEL (FORMULA ASAS)

Aktiviti Terkini | 5 September 2021

Perkongsian ini disiarkan melalui VIDEO ICT melalui “Facebook Page” PIK Tok Janggut, Kg. Nering di mana pihak PIK berkongsi berkenaan Tutorial Menggunakan Microsoft Excel Melalui Video Online yang boleh dipraktikkan oleh penduduk setempat terutama pelajar, guru dan usahawan...baca selanjutnya

SLOT PENGISIAN ICT (E-LEARNING) CARA-CARA MEMBUAT TEMUJANJI DI PEJABAT POS UNTUK JPJ SECARA ONLINE

Aktiviti Terkini | 4 September 2021

Perkongsian Ini Disiarkan Video Ict Melalui “Facebook Page” PIK Tok Janggut, Kg. Nering di mana pihak PIK berkongsi berkenaan cara-cara membuat temujanji di pejabat pos untuk JPJ secara online yang boleh dipraktikkan oleh penduduk setempat....baca selanjutnya

SLOT PENGISIAN ICT (E-LEARNING) TUTORIAL REKOD KEHADIRAN PELAJAR SECARA ONLINE MENGGUNAKAN GOOGLE FORM

Aktiviti Terkini |27 Ogos 2021

Perkongsian ini disiarkan video ict melalui “Facebook Page” PIK Tok Janggut, Kg. Nering di mana pihak PIK berkongsi berkenaan Tutorial Rekod Kehadiran Pelajar Secara Online Menggunakan Google Form yang boleh dipraktikkan oleh penduduk setempat terutama guru atau pendidik....baca selanjutnya

SLOT PENGISIAN ICT (E-LEARNING) PANDUAN SEMAKAN SIJIL DIGITAL VAKSIN DI MYSEJAHTERA

Aktiviti Terkini | 22 Ogos 2021

Perkongsian ini disiarkan video ict melalui “Facebook Page” PIK Tok Janggut, Kg. Nering di mana pihak PIK berkongsi berkenaan Panduan Semakan Sijil Digital Vaksin di MySejahtera yang boleh dipraktikkan oleh penduduk setempat....baca selanjutnya

SLOT PENGISIAN ICT (E-LEARNING) VIDEO APA ITU INTERNET?

Aktiviti Terkini | 7 Julai 2021

Video Apa Itu Internet?...baca selanjutnya

SLOT PENGISIAN ICT (E-LEARNING) VIDEO CARA-CARA MEMESAN MAKANAN MENGGUNAKAN APLIKASI FOOD PANDA

Aktiviti Terkini | 6 Jun 2021

Video Cara-Cara Memesan Makanan Menggunakan Aplikasi Food Panda...baca selanjutnya

SLOT PENGISIAN ICT (E-LEARNING) VIDEO CARA-CARA MENDAFTAR SEBAGAI RAKAN NIAGA TOUCH ‘N GO EWALLET MELALUI APLIKASI (PERMOHONAN TANPA SSM)

Aktiviti Terkini | 6 Jun 2021

Video Cara-Cara Mendaftar Sebagai Rakan Niaga Touch ‘N Go Ewallet Melalui Aplikasi (Permohonan Tanpa Ssm)...baca selanjutnya

SLOT PENGISIAN ICT (E-LEARNING) VIDEO CARA PENCEGAHAN PENULARAN COVID-19

Aktiviti Terkini | 8 Mei 2021

Video Cara Pencegahan Penularan Covid-19 semoga menjadi panduan dan sama-sama kita jaga kita secara atas talian....baca selanjutnya

SLOT PENGISIAN ICT (E-LEARNING) VIDEO PENERANGAN PROSES PENDAFTARAN VAKSINASI MELALUI MYSEJAHTERA

Aktiviti Terkini | 9 April 2021

Video Pengajaran atas talian ini adalah untuk menerangkan Proses Pendaftaran Vaksinasi Melalui Mysejahtera secara atas talian....baca selanjutnya

PROGRAM SEMBANG SANTAI (LIVE) USAHAWAN KOMUNITI BERSAMA PIK TOK JANGGUTANJURAN : PUSAT INTERNET KOMUNITI TOK JANGGUT, KG. NERING

Aktiviti Terkini | 14 Mac 2021

Program ini memberi ruang dan peluang kepada usahawan tempatan memperkenalkan produk usahawan (Serbuk Asam Boi Tagih Che Ta) secara langsung (Live) kepada komuniti di atas talian di musim PKP ini....baca selanjutnya

PROGRAM JOM TUISYEN PEMBELAJARAN SECARA ATAS TALIAN (SPM) SECARA PERCUMA DI PIK TOK JANGGUT

Aktiviti Terkini | 5-10 Februari 2021

Program Jom Tuisyen ialah Pembelajaran secara atas talian boleh diikuti secara Percuma melalui Pusat Internet Komuniti (PIK) seliaan Digi....baca selanjutnya

PROGRAM MIV BERSAMA PIK TOK JANGGUT

Aktiviti Terkini | 9 Januari 2021

Program ini memberi ruang dan peluang kepada Sukarelawa Malaysia ICT (MIV) yang merupakan satu platform yang bertujuan untuk memperkasakan warga Malaysia untuk menjadi warga digital ke arah negara digital (Digital Nation)....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti