Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Nering merupakan sebuah kampung tradisi Kelantan yang terletak di dalam jajahan Pasir Puteh, Kelantan. Kampung ini berdekatan dengan Kampung Jeram, Saring,

Kampung ini merupakan kampung yang berkaitan dengan sejarah Tok Janggut. Di kampung nering inilah berlaku pertempuran diantara Tok Janggut dengan tentera upahan inggeris (Gurkha). Orang yang pertama meninggal adalah pada 24 Feb 1915. Kuburnya tidak bernama, namun ahli keluarga terdekat mengenali kuburnya melalui tanda diatas pangsa yang bertanda 24 Feb 1915. Allahyaham telah dibunuh oleh tentera upahan ini di pokok merbol yang kini masih lagi hidup dengan segar di depan madrasah merbol. Di tanah tersebut (Merbol) atau dikenali dengan panggilan Tok Akib pada suatu masa dulu pernah ditemui keris serta juga lembing. Pertempuran Tok Janggut tidak berlaku di sini tetapi di Kg Pintu Pupuh dan 2 pokok kelapa tempat berlaku pertempuran tersebut adalah tanda 2 rakan seperjuangan yang meninggal semasa belaku pertempuran tersebut.

Sejajar dengan sejarah Tok Janggut, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan memberi pengiktirafan terhadap warisan perjuangan pahlawan Kelantan, Tok Janggut, dengan akan mewujudkan sebuah galeri atau memorial di Dataran Tok Janggut, Kampung Nering. Ianyanya merupakan langkah bagi memperingati perjuangan pahlawan tersebut yang nama sebenarnya Haji Hassan Panglima Mat Munas, menentang penjajah British di negeri ini pada 1915. Selain itu juga bagi menghargai masyarakat kampung ini, kementerian mengumumkan penubuhan Pusat Internet 1Malaysia masing-masing di Kampung Nering dan Semerak, untuk kemudahan penduduk di kampung berkenaan.

Pusat Internet 1 Malaysia dibuka di Kampung Nering bagi membantu orang kampung agar celik IT(teknologi maklumat). Pusat Internet 1 Malaysia Balai Tok Janggut, Pasir Puteh diberi nama sempena nama tokoh bersejarah negeri Kelantan iaitu Pahlawan Tok Janggut.

PI1M Balai Tok Janggut ditubuhkan sempena kedatangan Menteri Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr.Rais Yatim, ke Kampung Nering pada 25hb Mac 2013 untuk merasmikan Program Jelajah Budaya Jajahan Pasir Puteh Di Dataran Tok Janggut, Kampung Nering.

Balai Tok Janggut ditubuhkan oleh pemilik bangunan yakni Dato’ Hj Suhaimi Bin Hj Yacob anak jati kampung Nering bersempena dengan kepahlawanan Tok Janggut menentang tentera British, di mana di kawasan sekitar ini berlakunya pertempuran antara Tok Janggut dan pengikutnya dengan Tentera British (Gurkha).



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022


SLOT PENGISIAN ICT (E-LEARNING) CARA SEMAK KEPUTUSAN SPM

Aktiviti Terkini | 15 Jun 2022

Perkongsian Ini Disiarkan Video ICT Melalui “Facebook Page” PEDi Tok Janggut, Kg. Nering di mana pihak PEDi berkongsi berkenaan Cara-Cara Semak Keputusan SPM....baca selanjutnya

MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA BERSAMA KELUARGA MALAYSIA KELANTAN

Aktiviti Terkini | 28 Mei 2022

Majlis ramah mesra aidilfitri menteri komunikasi dan multimedia...baca selanjutnya

PERTANDINGAN KUIZ ICT ONLINE

Aktiviti Terkini | 21 Mei 2022

Pertandingan Kuiz ICT Online...baca selanjutnya

PENGISIAN KELAS ICT – VIDEO E-LEARNING PERMOHONAN PERANTI SISWA - B40

Aktiviti Terkini | 12 Mei 2022

Permohonan peranti siswa - b40...baca selanjutnya

PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP RM 10,000

Aktiviti Terkini | 1 April 2022

PEDi Tok Janggut, Kg. Nering menerima kunjungan daripada komuniti sekitar PEDi iaitu Pn. Siti Ramlah untuk membuat permohonan pengeluaran khas KWSP RM 10,000 menggunakan sistem permohonan atas talian melalui laman web rasmi KWSP : https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/...baca selanjutnya

KELAS ASAS BERNIAGA DI SHOPEE

Aktiviti Terkini | 26 Mac 2022

Pada 26 Mac 2022, PEDi Tok Janggut, Kg. Nering telah mengadakan satu Kelas Asas Shopee untuk 4 orang usahawan sekitar PEDi. Tujuan kelas ini adalah untuk membantu dan membimbing para usahawan tempatan dalam mengembangkan lagi perniagaan dan beralih kepada platform eDagang seperti Shopee. Kelas hari ini dihadiri oleh 4 orang peserta yang terdiri daripada usahawan yang berminat untuk membuka kedai dan menjual di Shopee. Program ini hasil kerjasama PEDi Kok Lanas, Sg. Petai, Cherang Ruku & Kg. Baharu......baca selanjutnya

TEMUDUGA ONLINE SPA : PEGAWAI TEKNOLOGI MAKANAN, GRED C41

Aktiviti Terkini | 23 Mac 2022

PEDi Tok Janggut, Kg. Nering menerima kunjungan daripada komuniti sekitar PEDi iaitu Puan Siti untuk mengikuti sesi temuduga secara online SPA bagi jawatan Pegawai Teknologi Makanan, Gred C41. Sesi Temuduga tersebut berjalan dengan lancar dan Pn Siti Suliane berjaya mengikuti sesi temuduga dengan jayanya.....baca selanjutnya

SLOT PENGISIAN ICT (E-LEARNING) CARA- CARA TEBUS PROGRAM BAUCAR PERLINDUNGAN TENANG B-40 KEPADA KOMUNITI SETEMPAT

Aktiviti Terkini | 12 Mac 2022

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Tok Janggut, Kg. Nering berkongsi tentang transformasi Cara- Cara Tebus Program Baucar Perlindungan Tenang B-40 Kepada Komuniti Setempat....baca selanjutnya

SLOT PENGISIAN ICT (E-LEARNING) CARA-CARA MEMOHON SIJIL SPM & PMR YANG HILANG

Aktiviti Terkini | 12 Mac 2022

Perkongsian Ini Disiarkan Video ICT Melalui “Facebook Page” PEDi Tok Janggut, Kg. Nering di mana pihak PEDi berkongsi berkenaan Cara-Cara Memohon Sijil SPM & PMR Yang Hilang....baca selanjutnya

SLOT PENGISIAN ICT (E-LEARNING) INFO JAWATAN KOSONG BULAN FEBRUARI 2022 KEPADA KOMUNITI SETEMPAT

Aktiviti Terkini | 24 Februari 2022

Perkongsian Ini Disiarkan Video ICT Melalui “Facebook Page” PEDi Tok Janggut, Kg. Nering di mana pihak PEDi berkongsi berkenaan Info Jawatan Kosong Bulan Feb 2022 kepada Komuniti.....baca selanjutnya

SLOT PENGISIAN ICT (E-LEARNING) PANDUAN KIT UJIAN KENDIRI BERASASKAN AIR LIUR (COVID-19 RTK-AG)

Aktiviti Terkini | 8 Februari 2022

Perkongsian Ini Disiarkan Video ICT Melalui “Facebook Page” PEDi Tok Janggut, Kg. Nering di mana pihak PEDi berkongsi berkenaan Panduan....baca selanjutnya

SLOT PENGISIAN ICT (E-LEARNING) CARA BERKESAN UNTUK MELINDUNGI DIRI DARIPADA JANGKITAN DENGGI

Aktiviti Terkini | 11 Januari 2022

Perkongsian Ini Disiarkan Video ICT Melalui “Facebook Page” PEDi Tok Janggut, Kg. Nering di mana pihak PEDi berkongsi berkenaan Cara Berkesan Untuk Melindungi Diri Daripada Jangkitan Denggi....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti